Siakap Keli
burger malaysia tepi jalan
Gambar: George Motz

Pakar Hamburger Amerika Cuba Masak Sendiri ‘Burger Special Malaysia’, Terpikat Dengan ‘Keunikan Rasa’ Pada Suapan Pertama

Rata-rata rakyat Malaysia pasti mengenali dan pernah menikmati burger jalanan yang dijual di gerai pacak tepi jalan. Biarpun harga dan bahannya lebih murah berbanding burger dijual di rangkaian restoran terkemuka, burger ini mempunyai tempat yang istimewa di hati rakyat Malaysia, setanding burger berjenama.

Turut dikenali sebagai ‘burger sampah’ di beberapa tempat, hidangan ini telah menarik perhatian seorang pakar burger, pembuat filem dan pengasas Food Film Festival, George Motz.

Beliau yang telah menghasilkan beberapa siri resipi pelbagai jenis burger sebelum ini turut tertarik untuk merasa dan menghasilkan burger versi Malaysia ini.

Pakar Hamburger America ini telah menunjukkan cara pembuatannya dari awal sehingga akhir sebelum merasai sendiri burger berkenaan.

Untuk tonton keseluruhan reaksi lelaki ini ketika menyediakan burger special burger, anda boleh melihat video yang disertakan di bawah.

Rata-rata penonton baik dari dalam dan luar negara memuji kemahiran lelaki ini menghasilkan burger, malah penduduk tempatan sendiri memujinya yang berjaya menghasilkan burger menggunakan cara yang tepat seperti kebiasaan penjual burger Malaysia.

Gambaran burger Malaysia yang tepat

Cara dia yang gunakan marjerin untuk bakar roti tunjukkan betapa pakar dan semangatnya beliau dalam budaya burger. Di Malaysia kami tak bakar roti guna mentega sebab ia lebih mahal, dan Motz tunjukkan burger itu dengan tepat, tulis Luqman.

Gambaran beliau mengenai burger Malaysia agak tepat, sebahagian gerai di sini ada gaya yang sedikit berbeza

Burger terbaik di Malaysia

Cepatlah buka sempadan, rindu burger Ramly

Suka tengok rakyat Malaysia yang mengakui betapa mereka sukakan burger ini

Sumber: George Motz

" "