Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengeluarkan satu infografik mengenai Sains disebalik kuarantin Covid-19 14 hari. Semua individu yang disyaki terdedah dengan virus Covid-19 wajib menjalani tempoh kuarantin 14 hari.
Siapakah yang perlu menjalani?: Kontak rapat kepada kes Covid-19 dan individu yang baru pulang dari luar negara dan kawasan berisiko tinggi.
Bilakah tempoh kuarantin bermula?: Selepas ujian kali pertama, walaupun disahkan negatif tetap wajib menjalani kuarantin selama 14 hari.
Mengapakah 14 hari?: Tempoh pengeramana virus adalah 4-5 hari sehingga 14 hari. Kajian juga mendapati, 97.5 peratus individu yang dijangkiti hanya menunjukkan gejala pada hari ke-11.
Bilakah tempoh kuarantin berakhir?: Pada hari ke-13 ujian ulangan akan dibuat dan sekiranya keputusan adalah negatif, pembebasan akan diberikan pada hari ke-14.
Semalam (2 November 2020), Malaysia mencatat 1,000 kes yang telah pulih dari Covid-19 dan merekodkan 834 kes positif baharu.
𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐔𝐀𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈𝐍 𝟏𝟒 𝐇𝐀𝐑𝐈
Sumber :@officialmosti pic.twitter.com/vRDoCV6RKF
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA JABATAN PERDANA MENTERI (@MKNJPM) November 3, 2020