Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang mengesahkan bahawa terdapat 8 pegawai perubatan dijangkiti Covid-19 pada hari ini, 3 November 2020.
Hal ini demikian kerana pada 31 Oktober lalu terdapat seroang pesakit yang dirawat di dospital berkenaan telah disahkan positif Covid-19 sebelum dibawa ke hospital awam untuk rawatan lanjut.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan KPJ Pulau Pinang berkata pihak mereka akan menggambil tindakan selanjutnya bagi mengawal penularan wabak ini.
Oleh itu, mereka terus mematuhi tatacara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan lebih ketat lagi bagi mengelak jangkitan Covid-19 kepada pesakit lain.
Selain itu, mereka memaklumkan bahawa perkhidmatan klinik di hospital tersebut terkesan dengan jangkitan tersebut dan pesakit boleh menjalani rawatan seperti biasa dalam keadaan lebih selamat.
Sumber: KPJ Pulau Pinang