Akhir-akhir ini, pelbagai kisah menyayat hati yang melibatkan asnaf sering tular hingga ke seluruh media sosial.
Apa yang menjadi perbualan hangat segelintir netizen adalah mereka beranggapan bahawa ‘wujudnya’ keluarga asnaf yang masih kelaparan itu adalah kerana pihak zakat tidak menjalankan tugas mereka.
Bagaimanapun, tanggapan itu ternyata serong dan tidak tepat, apatah lagi jika mahu membandingkan kuasa pihak zakat dengan badan bukan kerajaan (NGO).
Seorang pegawai zakat, Faisal Rahim baru-baru ini berkongsi realiti yang berlaku berkenaan isu tersebut.
Mari ikuti pendedahan ini.
Kadangkala hanya orang yang dah terlibat dalam bidang ni je boleh faham masalah sebegini.
Ada yang dulu jadi pengkritik tegar. Dia rasa boleh ubah dgn wujudkan NGO.
Tapi bila dia sendiri buat, baru akui susahnya kerja tu. Baru nampak cabaran besar yang dihadapi. pic.twitter.com/8zjJZtvwTp
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Boleh baca perkongsian Cikgu Mohd Fadli Salleh dengan lebih jelas melalui gambar di bawah ini.
Menurut Faisal, salah satu ‘punca’ yang dipercayai mengapa ‘orang kita’ mudah sangat memberi adalah disebabkan limitasi tenaga untuk membuat semakan secara terperinci terlebih dahulu.
Baru NGO ni rasa kesukaran bila sehari ada 300 orang minta bantuan duit. Sebulan >5000 orang mohon.
– Bagaimana nak pastikan ia betul atau palsu? Duit terhad.
– Apa mekanisma siasatan nak digunakan?Akhirnya ramai yang bagi je. Sebab kena habiskan duit yang orang ramai beri.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Berlaku juga ‘pindah tangan’ dari NGO ke pihak zakat akibat ketidakmampuan menguruskan semakan dan siasatan.
Jadi siapa cepat dia dapat. Sebab mereka takde kemampuan nak siasat.
Duit orang bagi dah cecah berjuta RM. Kena bagi bantuan yang besar-besar supaya duit cepat habis.
Akhirnya.
Mereka minta tolong zakat agihkan duit kutipan mereka sebab dah tak mampu handle. Cycle tu berulang.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Bila dah banyak, kena audit
Seperkara lagi, Faisal menjelaskan, penyimpanan wang sumbangan yang begitu banyak hingga jumlahnya mencapai jutaan ringgit juga bakal mengundang risiko lain.
Ada yang datang mohon agihkan ratus ribu ke juta RM sebab duit terlalu banyak. Bila dah banyak, kena audit. Orang mula persoalkan ketelusan dsb.
Bukan tak boleh NGO membantu, tapi kena sama-sama berganding bahu. Bukan saling menyalah. https://t.co/bzuBfUDMEe
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Faisal mengimbas kembali satu ciapannya satu ketika dahulu tentang isu tohmahan melulu orang awam terhadap institusi zakat yang dikatakan tidak buat kerja ini.
Di bawah ini adalah bebenang ciapan tersebut:-
Aku sebenarnya suka sangat bila dalam komuniti kita, ada individu atau NGO prihatin yg sentiasa kehadapan menyantuni orang susah.
Tapi bila ada dakwa JKM, Institusi Zakat & Masjid tak berfungsi ni aku kena tegur sikitlah. Sebab banyak org persendirian/NGO ni kurang maklumat.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 21, 2020
Kes Ustaz Ebit Liew bantu pakcik kat Kedah tu satu contoh. Maklumat sebenar keluar selepas viral. Nampak ada tak sync di situ.
Sebab team individu/NGO ni kadangkala tak dapat info penting. Basmi kemiskinan ni kerja bersama utk selesai masalah yang berakar umbi dlm masyarakat.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 21, 2020
Aku bagi contoh kes hampir sama yg viral sblm ini.
1. Masuk program tv sekeluarga hidup daif, makan siput babi, rumah buruk nak roboh.
Rupanya mereka penerima bantuan bulanan zakat (tak mengaku). Dah diberi rumah selesa 3 bilik taknak pindah. Malah disewakan rumah tu.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 21, 2020
2. Viral duduk bawah jambatan satu keluarga ada anak kecil. Berderu orang tolong dan bagi duit. Rupanya baru 2 hari datang dari negeri lain.
3. Viral mohon bantuan anak sakit jantung, OKU & ibu tunggal. Rupanya simpanan lebih RM100k. Ada 2 rumah. Anak lgsg takde sakit jantung.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 21, 2020
Basmi kemiskinan tanggungjawab bersama, bukan nak tunjuk sapa paling hebat.
Setiap kita mainkan peranan dalam masyarakat. Ustaz Ebit Liew sedang jalankan t/jwb beliau. Kita kena bantu ikut kepakaran kita.
Kalau tak dapat bantu, jangan jadi batu api lagakan orang lain 😊✌️.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 21, 2020
Bukan sedikit kes NGO dan individu yg bantu dan dapat liputan besar.
Ternyata akhirnya mereka ditipu hidup-hidup oleh mereka yg dibantu.
Kena saling berinteraksi agar informasi dapat dikongsi. Ia dapat elakkan fitnah dan tohmah. Saling membina dan bukan saling menyalah 😊👍.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) April 21, 2020
Maklum balas netizen
Sehubungan itu, ramai netizen turut berkongsi pandangan, ulasan serta pengalaman mereka yang melibatkan isu ini.
Cuma saya harap pihak Lembaga Zakat Selangor boleh buka permohonan sepanjang tahun untuk pelajar.
Masa belajar tahun akhir dahulu, laptop buat hal, rosak. Stres woo, tanya LZS dia dah tutup permohonan. Tak tahu nak mohon macam mana. Gigihlah buat part time, pinjam duit abang.
— Jaafar J 🇲🇾 (@mjazryjaafar) November 3, 2020
Pelajar ini mengadu pernah memohon bantuan zakat untuk masalah berkaitan fasiliti pengajiannya, namun ini penjelasan Faisal;
Dia bukan sebab tempoh tu.
Sebab utamanya duit. Zakat tak boleh agih, duit yang takde. Keutamaan agihan zakat untuk asnaf fakir dan miskin (keperluan asas).
Bila jumlah mereka meningkat, agihan lain termasuk pendidikan kena stop. Kalau ada lebihan baru boleh buka.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
“Biarlah zakat tu dapat dekat orang yang betul-betul layak,”
Jelas netizen bernama Syafiqah, dirinya sendiri pernah merasai detik sukar ketika bergelar pelajar ketika di alam pengajian.
Namun baginya, selagi kudratnya masih mampu, dia tetap akan berusaha sendiri dan mengutamakan orang lain yang lebih susah untuk mendapatkan bantuan zakat.
Saya sebagai student pon rasa bersalah nak minta Zakat. Sebab rasa masih mampu nak buat kerja part time. kadang2 ada rasa stress jugak kerja sambil study walaupun kerja tak teruk mana pon, tapi sentiasa ingat, biarlah Zakat tu dapat dekat orang yang betul2 layak. hmm..
— syafiqah 🇲🇾 (@USsyabeill) November 3, 2020
Jelas Faisal, sebenarnya ada bantuan khusus untuk kategori pendidikan;
Asnaf Fisabilillah termasuk belajar ni takde kaitan dengan Asnaf Fakir Miskin. Kalau ada permohonan dibuka untuk zakat pendidikan, boleh je mohon untuk bantu ringankan beban.
Cuma jumlahnya tidaklah banyak.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Selain itu, bagi netizen ini, kolaborasi yang dijalankan pihak NGO dan pusat zakat adalah satu langkah terbaik dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.
Mengapa saling mencari salah untuk cari pahala?
Gabungan antara Institusi Zakat dan NGO adalah pilihan terbaik, kerana silang bantuan dapat dibuat untuk menyelesaikan masalah masing2 supaya keberkesanan bantuan asnaf lebih cemerlang.
— محمد شفيق الجارومي (@syafush) November 3, 2020
Betul. Ini yang paling terbaik sebenarnya.
Masing-masing mainkan peranan dalam masyarakat. Termasuklah kita semua dengan kemampuan yang ada.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Memainkan peranan masing itu sedang berlaku… Tetapi satu lagi level selepas itu ialah gabungan antara keduanya.
Collaboration creates synergy.
— محمد شفيق الجارومي (@syafush) November 3, 2020
Pasti ada yang bermasalah
Lain pula halnya yang dikongsikan Anisalis ini, dakwanya ada pihak sanggup ‘buat-buat’ susah dengan mengambil hak yang melebihi kadar sepatutnya.
Aku ada buat foodbank.yang datang sapu, satu kereta amik smpi 4 kmpit beras, minyak, susu. Kata nk bg mak abah, atuk, moyang. Cuba hbis husnuzon. Datg kali kedua. Tapi bila aku tgk bangsa lain, betul2 amik yg perlu smpi aku naik segan.
— anisalis (@anisnaktulis) November 3, 2020
Ini memang realiti tuan. Pegawai zakat pernah datang satu rumah asnaf, ada lebih kurang 90kg beras.
Dalam rumah cuma ada 2 orang.
Katanya ada orang bagi, ambil kat tempat NGO, ambil kat pejabat YB dll.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Penentuan taraf miskin berpandukan Had Kifayah
Jelas Faisal, pusat zakat akan menentukan taraf kemiskinan seseorang atau sesebuah keluarga itu bukan pada jumlah kereta, saiz rumah dan sebagainya, tetapi berpandukan Had Kifayah.
Kete 2 bijik tu kete 4 5 thn ke dh 15 25 thn😆 maaf tanya.jaman lakereta bkn 1 kemewahan https://t.co/B6sGjhxud2 keperluan.bygkan duk di pendalaman.bas takde.anak ramai.ntah la.kena upgred kot tahap yg memerlukan.sekadar pndpt 1sen saya.☺
— Sitinoriah Satam (@SitinoriahS) November 3, 2020
Dia bukan kira jumlah kereta, Astro, besar rumah dll tuan. Sebab penentuan miskin tu sama untuk semua orang guna Had Kifayah.
Maksudnya kita pendapatan isi rumah vs tanggungan.
Faktor lain tu ikut budi bicara pegawai agihan zakat. Ikut case by case.
— Faisal Rahim (@acaiijawe) November 3, 2020
Pelbagai ragam lagi yang turut dikongsikan netizen.
Di Selangor ada kes di sebuah daerah, mak dpt zakat tp bising mohon bantuan pada penghulu kg kata bantuan zakat bulanan kena potong. Rupanya setiap kali anaknya cucuk di ATM, duit tersebut telah dipotong ke poket anaknya sebelum maklum kpd ibu bahawa jumlah bantuan tlh berkurang.
— Ahmad Huzaifah (@Ahmadh5757) November 3, 2020
dulu pernah tengok juga zakat buat saringan ,ramai yg sedih dulu dpt zakat lepas beberaopa tahun dah xlayak rupanya zakat check balik anak lelaki dia dah bekerja dan duk ngan ibubapa xmenyewa pun gaji buta2 buat utk sendiri xtolong ibubapa sekali kena tazkirah ngan ustaz tu kaw2
— mohammadazmy29 (@mohammadazmy297) November 3, 2020
kebiasaan orang yang selalu perlekeh institusi zakat ni orang yang hanya sekadar bayar zakat fitrah & liat bayar zakat lain
— AisKing 🏴☠️ (@MiMeGiKaRi) November 3, 2020
Semoga kita semua berada dalam golongan yang berlaku adil dalam memberi sumbangan, mahupun menilai sesuatu perkara yang terjadi.
Sumber: Faisal Rahim