Siakap Keli
Kredit gambar: Google

TERKINI COVID-19: Kes Baharu Kembali 4 Angka, 1,054 Kes Positif Dicatatkan Hari Ini

PUTRAJAYA, 3 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 1,054 lagi kes positif baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan hari ini.

Ia menjadikan kes meningkat ke 34,393 kes bersamaan 10,135 kes aktif.

Daripada angka tersebut, 14 kes daripadanya adalah kes import, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Peningkatan kes adalah berikutan lebih banyak saringan yang dijalankan di negeri-negeri yang masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sementara itu, terdapat 875 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikan kes pulih keseluruhan meningkat ke 23,965 kes bersamaan 69.8 peratus.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.