Siakap Keli

Guna ‘Remote’ Je ‘Start’ Kereta, Ini 6 ‘Rahsia’ Model Honda City Pasti Buat Ramai ‘Tercabar’

Setiap orang mesti ada ‘dream car’ masing-masing kan. Mungkin ada yang suka kereta yang mewah dan mungkin suka ‘biasa-biasa’. Macam-macam, bergantung pada citarasa masing-masing.

Kadang-kadang ada yang sanggup menyimpan duit bertahun lamanya semata-mata untuk miliki kereta impian. Tak salah, kalau tu yang buat seseorang tu bersemangat untuk ‘mengejar mimpi’ apa salahnya. Belilah sesuatu sebagai ‘rewards’ atas usaha diri sendiri tu.

“Ha, apa lagi korang tunggu tu, tukarlah kereta tahun ni. Tambah-tambah kereta Honda City RS pulak nak keluar ni kan. Tak payah nak serabut kepala fikir kereta apa.”

Percaya tak kalau SK kata model Honda City RS ni ada ciri teknologi terbaru? Nah, kami kongsikan beberapa fakta menarik tentang model ini untuk korang.

Jadi korang kena tahu 6 kelebihan tentang Honda City RS yang membuatkan korang termimpi-mimpi…

1. Penghidup enjin kawalan Jauh

Teknologi yang digunakan oleh Honda Malaysia sememangnya sangat advance. Penghidup enjin kawalan jauh ini merupakan ciri-ciri khas untuk kereta segmen C namun kini telah tersedia pada kereta sedan segmen B buat kali pertama pada Honda City RS. Selain itu, ia juga membolehkan korang panaskan enjin dan menyejukkan ruang dalam kereta dari jauh. Best kan?

2. Mempunyai Honda Sensing

Seperti mana yang korang tahu, Honda Sensing pernah tersedia untuk model high-end seperti Accord, Odyssey dan CR-V, tetapi baru-baru ini disediakan untuk segmen C Civic.

Sekarang, Honda City segmen B juga disediakan dan dilengkapi dengan 7 teknologi keselamatan canggih, yang menjadikan Honda City kali ini sebagai ciri keselamatan paling lengkap di segmen B. Ia juga menggunakan kamera pandangan lebar depan untuk memberi amaran dan membantu pemandu jika ada bahaya yang akan terjadi.

3. Setara Dengan Kuasa Enjin 2.5L

Kalau sebut je Honda, semestinya dikenali dengan enjin kereta yang hebat. Kemunculan Perdana 1.5L Sports i-MMD e-HEV powertrain yang outputnya setara dengan enjin 2.5L NA, pasti memukau ramai peminat Honda.

4. Paparan Skrin Audio 8 inci dengan sambungan wayar Apple CarPlay dan Android Auto*

Senang cerita Honda City RS ni memang tip-top luar dan dalam, mana taknya kalau paparan skrin sentuh audio bersaiz 8 inci dengan pula sambungan wayar Apple Carplay dan Android Auto*.

5. Pertama di dalam kelasnya

Ada lagi, model City RS menjadi generasi baharu yang diberikan brek parkir elektrik. Bukan itu sahaja, korang mesti akan teruja apabila model ini ada sediakan penyaman udara di belakang. Hebat kan? 

6. Reka bentuk yang diperbaharui

Selain itu, model ini direka khas dengan bentuk yang diperbaharui iaitu mempunyai lampu utama LED sementara lampu DRL dan lampu belakang LED didatangi secara standard untuk semua varian. Lebih mengagumkan lagi, Honda City RS ini dihiasi dengan rim 16 inci dua tona.

Korang mesti tak sabar kan nak merasai ‘kelainan’ yang ditonjolkan dalam model ini kan?

Jadi, klik SINI untuk maklumat lanjut tentang promosi Honda City RS. Jom tukar sekarang.

*Android Auto akan tersedia semasa pelancaran rasmi perkhidmatan di Malaysia.