Ketika ini negara sedang hangat memperkatakan tentang Belanjawan 2021 yang sedang dibentangkan di Dewan Rakyat. Belanjawan 2021 ini perlu segera dimuktamadkan demi kesejahteraan rakyat. Tambahan pula, negara sedang bergelut dengan penularan wabak Covid-19.
Siakap Keli ada membuat beberapa kaji selidik di laman Instagram bertanyakan kepada 165 ribu pengikut mereka beberapa soalan tentang Belanjawan 2021 termasuk bidang mana yang paling diberi penekanan oleh Kerajaan di saat negara dan seluruh dunia menghadapi “double whammy” krisis ekonomi dan kesihatan.
Kami membuat tinjauan mengenai sektor yang mana kerajaan perlu memberi lebih tumpuan ketika ini dan kami mengemukakan 4 pilihan iaitu A. Pendidikan, B. Perumahan, C. Keselamatan dan D. Kesihatan.
Hasil dari tinjauan itu, 637 memilih cadangan A, 205 memilih cadangan A, 147 memilih cadangan C dan 144 memilih cadangan B. Walauapapun keputusan tinjauan ini, diharapkan semoga pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat berjalan dengan lancar dan diluluskan segera demi kesejahteraan dan kemudahan rakyat.
Seterusnya, kami mengemukakan beberapa cadangan mengenai cara terbaik kerajaan boleh mengurangkan impak kos sara hidup yang ketika ini agak tinggi dan mungkin sesetengah orang tidak mampu menanggungnya. Kami memberikan empat cadangan iaitu mengurangkan kadar cukai pendapatan individu, menaikkan kadar subsidi keperluan asas seperti beras, mengurangkan kadar tarif elektrik dan meningkatkan bantuan PRIHATIN.
Dari cadangan itu, 375 memilih cadangan A, 371 memilih cadangan D, 148 memilih cadangan B dan 107 memilih cadangan C.
Akhir sekali, kami juga mengajukan soalan bagaimana kerajaan boleh membantu meningkatkan peluang pekerjaan kerana ramai diantara kita kehilangan punca pendapatan. Kami memberikan empat pilihan jawapan iaitu sediakan peluang pekerjaan berorientasikan pendigitalan, meneruskan insentif ‘Place & Train’ dan Beri insentif lebih kepada majikan.
Hasil kaji selidik itu, 545 orang memilih cadangan A, 236 memilih cadangan B dan 102 orang memilih cadangan C.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini juga banyak membuat sesi konsultasi bersama pemimpin-pemimpin parti-parti politik dari kerajaan dan juga parti pembangkang. Ini bermakna Kementerian Kewangan terbuka untuk menerima sebarang buah pandangan dan idea-idea bernas dari pemimpin-pemimpin parti politik yang lain.
Sifat keterbukaan sebegini amat penting bagi memastikan kerajaan hari ini sentiasa peka dengan segala masalah rakyat yang mungkin kerajaan terlepas pandang dan idea-idea dari pemimpin-pemimpin yang lain untuk dimuatkan dalam Belanjawan 2021 jika berkeperluan.