Siakap Keli
Gambar: Makassar Terkini

Tular Foto Haiwan Kelihatan Seakan Ular Berkepala Tiga, Rupanya Ini ‘Identiti’ Sebenar

Pelbagai spesies unik wujud di seluruh dunia yang mungkin kita belum pernah lihat sebelum ini. Malah, menurut BBC, terdapat lebih 8.7 juta spesies haiwan dan ratusan ribu jenis tumbuhan wujud di bumi.

Baru-baru ini, perkongsian dari laman Makassar Terkini mungkin membuatkan anda terlopong sejenak dan berfikir, “Apa sebenarnya gerangan haiwan ini?”

Kongsi Makassar Terkini, seorang pemilik akaun media sosial bernama Putra Lajangiru telah memuatnaik sekeping foto haiwan yang kelihatan pelik.

Sekilas pandang, ia kelihatan seakan ular berkepala tiga dipercayai di atas pokok asam.

“Binatang apa ini? Ada yang tahu?” tulisnya.

Gambar: Makassar Terkini

Namun, selepas dikongsikan gambar dari sudut pandang berbeza, rupanya ia adalah gambar dua ekor rama-rama.

Gambar: Makassar Terkini

Sumber: Makassar Terkini

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.