Siakap Keli
FOTO:RAQIB SOFIAN

“Bacaan Gula Saya 13 Masa Puasa,” Sedar Ada Simptom Kencing Manis, Lelaki Ini Tekad Kuruskan Badan Hilang 26kg

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bukan senang untuk seseorang cekal dan tabah dalam fasa penurunan berat badan. Sesetengah orang, tak sampai ke garisan penamat dah kecundang. Tetapi lelaki ini berjaya tunjukkan bahawa dirinya boleh menurunkan berat badan dan menjalani kehidupan yang sihat setiap hari.

Ya, kalau dia boleh, takkan kita tak boleh kan? Lelaki ini mengalami masalah kesihatan fasa pertama dan cuba mengubah gaya kehidupan kepada lebih sihat. Kisah inspirasi ini dikongsikan oleh Raqib Sofia menerusi laman Facebooknya. Manalah tahu, pengalamannya membuatkan kita semua nak berubah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..hari ini saya ingin berkongsi apa yang saya lakukan dari berat 110 turun hingga 84 kg atas semangat perkongsian dengan kawan-kawan yang bertanya..

Kisahnya bermula selepas beliau mendirikan rumahtangga, berat badannya naik mendadak sehingga 108 kg. Paling menakutkan apabila beliau mengalami beberapa simptom yang tidak baik kerana kawalan makanan yang tidak terkawal seperti:

1. Cepat dahaga walaupun minum banyak.
2. Mengalami kekejangan otot pada awal waktu pagi.
3. Kerap kencing, saya minum, saya kencing. Sampaikan kadang tu tahap nak membuang air kecil tu sangat tidak terkawal.
4. Berat badan menurun dengan mendadak walaupun makan banyak + tidak bersenam.
5. Badan menjadi lemah, tidak bermaya dan mula menjadi serius, bila saya tiba -tiba hilang selera makan.
6. Kencing berbuih seperti buih di lautan.
7. Gout kerap menyerang, sakitnya Allah je tahu, akibat asid urik tinggi.

Saya tahu selepas ada simptom-simptom ini, saya boleh syak yang saya mengalami masalah kencing manis. Saya still in denial even though saya baca banyak dalam internet, but then saya mengalah selepas saya fikir, “aku ni muda lagi, takkan nak biar je macamni”.

So tahun 2015, kali pertama saya pergi check up dengan kakak saya, Dr Sarah Sofian. Resultnya sangat mengejutkan:

1. Bacaan gula saya adalah 13 semasa puasa, selepas minum air gula, naik sampai 30. Bacaan normal adalah 7 ke bawah.
2. Darah tinggi saya 150/90 which is sangat tinggi menurut kakak saya.
3. Buah pinggang saya dah start mengalami masalah, dah masuk stage 1. Ada 4 stage kesemuanya.4. Hati saya bengkak dan berlemak, bacaan masa itu 120-140, normal is 40.

1. Nasi suku, lauk banyak tak apa, jangan ambil kuah.

Ramai yang tanya, apa yang hang makan? Saya basically bermula perjalanan diet saya dengan kurang makan. Betul! Saya tak rigid dan saya tak menyeksa diri saya. Saya banyak ikut nasihat dari mereka yang berjaya dalam menurunkan berat badan. So, untuk anda yang mahu bermula, saya syorkan nasi ambil suku sahaja, dan lain-lain lauk ambil lah banyak tak apa tapi, jangan ambil kuah. Kuah yang berminyak dan manis itu mempunyai kalori yang tinggi.

So cuba amal dari sekarang, nasi suku, lauk ambil banyak tak apa, tapi jangan ambil kuah. Cuba dan lihat kesannya. Selalunya saya makan nasi hanya sekali sehari, pada waktu tengahari, on some occasions saya makan malam juga, tapi terkawal.

Weight loss is 80 percent the foods you eat, and 20 percent exercise”. itu pentingnya apa yang kita makan.

2. Nasi parboiled rice.

Semenjak saya serius dalam menjaga pemakanan saya, saya mula mengambil nasi parboiled. Jenama yang saya beli adalah Faiz, adik beradik Faiza jugak dia ni. Parbolied rice ni adalah “rice that has been partially boiled in the husk. The three basic steps of parboiling are soaking, steaming and drying.”

Nasi ini mempunyai nila Glisemik Indeks (GI) yang rendah, jadi sangat bagus untuk mereka yang diet dan menjaga kadar gula dalam darah. Harganya agak mahal, tapi berbaloi untuk mereka yang ingin menjaga pemakanan. Beras ini rasa okay sangat, tak muak makan tetapi mahal sikit. Itu sahaja.

Boleh cuba try. Pengalaman saya, saya tak rasa cepat lapar lepas makan nasi ini dan berat badan saya tak naik mendadak if makan nasi ini

“Biar kita ubah diri kita, untuk kesihatan yang lebih baik untuk pasangan, in sha Allah.”

3. Makan secara ala kadar pada waktu malam, snacking dengan buah-buahan.

Malam selalu saya makan ala kadar, sama ada ganti dengan roti whole meal bread, makan dengan yogurt + bawang putih, or order sup daging/ayam/sayur without rice, dan kadang-kadang saya makan ayam goreng KFC tanpa kulit dan bahagian dada.

Yang penting, jangan starving, kerana jika anda biarkan diri anda starving, kemungkinan anda akan cepat putus asa dan makan dengan banyak kembali. Macam saya, waktu senggang, saya akan makan buah-buahan, buah yang manis-manis pun saya makan je.

Mempelam, epal, orange semua saya simpan stok banyak-banyak dalam peti ais. So bila lapar, instead of makan snacks yang tak berkhasiat, saya makan buah-buahan.

4. Haramkan air bergula

Macam saya, saya memang haramkan air bergula terus dalam minuman harian saya. Dahulu jangan cakap la, air gula itu favorite. Tapi sekarang, alhamdulillah saya tekad, no more air gula. Rugi, instead of kita minum air gula, baik kita makan sesuatu yang mengenyangkan untuk jumlah kalori yang sama.

Kalau saya teringin sangat, saya akan minum coke zero or pepsi bold, zero calories. Itupun ramai yang kata tak elok untuk kesihatan pasal produk ini menggunakan pemanis buatan, tapi sekali sekala secara moderasi, boleh la..everything in moderation, is okay..

5. Work out/ Senaman.

Okay inilah antara yang paling penting tapi susah nak buat. Seperti saya sebut di atas, senaman ini membantu 30% sahaja. Tapi ia sangat penting untuk mempercepatkan pembakaran kalori. So dulu-dulu masa saya mula-mula exercise, saya akan pusing stadium USM 10 round dengan berjalan.

“Saya akan exercise pada awal pagi lepas subuh…”

Then, once saya dah start ada stamina, saya mula berjalan laju. Alhamdulillah, sekarang saya dah boleh berlari dengan perlahan sebanyak maximum 20 round. Saya faham, dan ramai yang saya lihat suka berjalan dengan “seronok-seronok” ketika bersenam. Bagi saya, untuk menjadikan ia lebih berkesan, cuba bagi senaman anda itu lebih “intense”, supaya otot-otot anda bekerja dengan keras.

Okay, saya akan exercise pada awal pagi lepas subuh, dan pada waktu inilah, waktu paling terbaik. Menurut kakak saya, Dr. Sarah, exercise pada waktu pagi sebelum breakfast, akan membantu membakar kalori dengan lebih baik dan cepat dan membakar lemak di badan kita sepanjang hari.

Insha Allah, cuba yang ini dahulu, kalau ada masa, tambahkan senaman pada waktu lewat petang, untuk menambah jumlah kalori yang dibakar. Macam saya memang gila main badminton, seminggu dalam 2-3 kali kali saya akan bermain badminton pada waktu malam. So, senang cerita cuba aktifkan diri anda, insha Allah, anda akan lihat perubahannya.

6. Jangan stress.

Yang ini, saya tak pastilah sama ada sama untuk semua orang. Tapi saya jenis yang cepat stress. Kalau saya stress, saya akan nak makan banyak. Bayangkan, kalau semasa sedang work out, dan saya ada terfikir mengenai masalah, saya akan rasa macam nak stop work out masa itu juga.

Memang stress lah punca saya sebelum ini gemuk pun, pasal macam-macam yang berlaku ketika saya gemuk dan tidak menjaga kesihatan saya. Sekarang, saya cuba rileks, lebih tenangkan diri, dan cuba mengelak dari stress. Insha allah, saya rasa anda juga akan dapat menurunkan berat badan anda jika tidak stress.

Apa yang saya dapat selepas kawal pemakanan, makan ubat secara konsisten dan selalu bersenam?

1. Bacaan gula saya kembali normal, latest 4.2 which is kakak saya kata agak rendah, so dia kurangkan kuantiti ubat.

2. Blood pressure saya okay, but not excellent. 135/90 if tak silap saya.Bacaan hati saya dari 140 menjadi 70.

3. Target 40 selepas ini.

4. Buah pinggang saya alhamdulillah recovering well, dulu selalu kencing berbuih, now days dah kurang and even kadang² tak berbuih langsung. Alhamdulillah.

5. Badan jadi lebih bertenaga, dan kurang mengantuk.

6. Muka lebih hensem…

7. Cheat day (s)

“Ingat portion food intake mesti kena jaga jugak noooo.”

Okay dalam usaha untuk menurunkan berat badan ini, saya memang mengambil pendekatan “enjoy, takmau seksa”. So selalunya saya akan makan “sesuka hati” tapi masih mengawal portion yang diambil pada hari Sabtu dan Ahad.

Pada hari weekend ini, saya selalunya perlu balik ke rumah parents. So depa ni pulak jenis makan yang best-best, so kita sebagai anak yang soleh, kenalah turutkan kemahuan depa. Hehe. So macam saya cakap sebelum ini, set-kan diri anda,” okay sabtu ahad je aku nak cheat day (s), start isnin kita start balik.” Tapi again, ingat portion food intake mesti kena jaga jugak noooo.

Saya rasa setakat itu dahulu perkongsian saya. Ada banyak lagi nak kongsi sebenarnya. Semoga kita sama-sama sihat untuk kebaikan bersama. Insha Allah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.