MELAKA, 5 Nov – Seorang bayi lelaki yang baharu lahir dan masih bertali pusat ditemukan seorang lelaki dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil di Melaka.
Perkara ini dimaklumkan oleh Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad kepada Bernama petang semalam.
Menurutnya lagi, bayi seberat 2.2 kilogram itu ditemukan lelaki berusia 50 tahun yang bekerja sebagai tukang kebun pada kira-kira 3 petang.
Berita lanjut bakal menyusul.
Seorang bayi lelaki yang baharu lahir dan masih bertali pusat ditemukan seorang lelaki dalam semak di Jalan Sidang Hassan 1, Bukit Katil di Melaka- Ketua Polis Melaka Tengah, ACP Afzanizar Ahmad pic.twitter.com/7buW7CoUqW
— BERNAMA Radio🇲🇾 (@bernamaradio) November 5, 2020
Sumber: Bernama