Barang basah yang dibeli dan disimpan dalam peti sejuk selalunya tidak tahan lama. Sekiranya tidak digunakan dalam tempoh masa tertentu, pastinya ianya akan busuk dan tidak boleh digunakan lagi. Masalah betambah apabila tiada ruang untuk meletakkan semua barang.
Perkongsian daripada Tisam Ibrahim ini mungkin boleh menyelesaikan masalah ibu-ibu di luar supaya semua barang basah yang dibeli tahan lama dengan cara penyimpanan yang menjimatkan ruang.
Hanya menggunakan cara yang mudah iaitu memerlukan plastik kedap dan sapu tangan. Paling penting, anda perlu rajin untuk mendapatkan hasilnya. Selamat mencuba!
Memanjangkan pahala ahli MAHN yang sudi ajar cara simpan barang basah dapur. Cara ni saya dah praktik sepanjang PKP dan memang terbukti dapat jimat duit, tak perlu pergi pasar banyak kali dan menjimatkan ruang peti sejuk.
Guna ziplock bag
Ni rahsia dia. Ziplock bag. Berbaloi melabur beli ni. Perlu ada at least 2 size. Saya ada 3 saiz. Yang tak ada dalam gambar saiz L. Lupa nak ambik gambar. Dulu-dulu saya guna mangkuk aiskrim, mangkuk plastik jernih, bekas Ikea.
Semua tak efisien sebab banyak makan space. Pakai ziplock jimat ruang. Boleh basuh, lap, guna semula. Hanya buang bila dah bocor. Sepanjang PKP ni saya baru buang 2 helai sebab kena sirip ikan.
Guna sapu tangan
Rahsia kedua: sapu tangan. Sapu tangan murah-murah je kat kedai Mr DIY/Eco tu. Wajib guna untuk alas dalam ziplock sayur-sayur. Tujuannya untuk serap lembapan. Air tu yang rosakkan sayur kita.
Dulu-dulu saya guna tisu/kitchen towel tapi tidak cost effective. Pakai sapu tangan boleh basuh dan guna semula. Yang ni saya pakai ziplock L.
Broccoli, celery, cauliflower potong-potong dulu untuk muatkan dalam ziplock. Jangan basuh. Kalau nak basuh pun, lap dulu sayur-sayur baru masuk ziplock.
Tapi saya tak rajin. Nanti nak masak baru cuci sayur tu. Dalam gambar ni, broccoli dan celery tu dah seminggu lebih dalam fridge. Ni ziplock M.
Sayur berdaun pun sama. Petik-petik, potong-potong dulu. Buang akar. Jangan basuh. Alas sapu tangan dalam ziplock dan simpan sayur.
Saya dah buat dengan kangkung, bayam, sawi. Pernah saya simpan hampir dua minggu. Masih elok tak rosak. Sayur berdaun sesuai dalam ziplock saiz L.
Kedai acheh jual pandan serumpun. Serumpun tu jugak boleh masuk dalam ziplock L. Senang. Jangan lupa alas sapu tangan juga.
Ni petua saya dapat dari group MAHN untuk bagi cili masak dan cili api tak kecut.
1. Buang tangkai cili.
2. Letak 3-4 ulas bwg putih.
Memang berkesan. Cili-cili ni dah dua minggu lebih bertahan.
Susun ziplock secara menegak
Susun semua ziplock secara menegak untuk jimat ruang dan senang untuk cari bahan masak.
Pantang tomato ialah jangan dibiarkan bergolek-golek. Alas dengan sapu tangan baru simpan tomato. Boleh guna cara ini untuk limau dan lemon.
Daun sup, daun bawang, daun kari, daun limau purut, daun ketumbar dan daun kunyit yang kita paling membazir tiap kali memasak sebab kena beli banyak tapi guna sikit je. Boleh simpan lepas ni.
Berbeza dengan sayur-sayur sebelum ni, yang ni kena cuci dulu. Cuci bersih-bersih, potong, masuk ziplock S dan masuk FREEZER. Tak perlu alas sapu tangan.
Dah lebih dua minggu dalam freezer.
Yg ni dalam seminggu lebih dalam freezer.
Dah lebih tiga minggu dalam freezer. Masih elok. Bila ditumis keluar bau kari macam biasa.
Yang ni daun sup. Baru simpan dalam 4 hari.
Susun ziplock dalam freezer secara menegak. Bila dah keras, baru baringkan dan stack up. Jimat ruang.
Apa-apa sayur akar/rhizome, cuci bersih dan rendam dalam air. Simpan dalam botol air/jar macam ni. Tiap kali ambil untuk guna sikit, ganti air. Yang kunyit tu dah tiga minggu lebih. Serai pulak dalam dua minggu.
Semua kacang-kacang masuk dalam ziplock. Yang ini orang dah biasa buat.
Tips untuk makanan basah; guna ziplock yang agak tebal. Ada ziplock khas untuk freeze tapi mahal. Guna yang biasa pun boleh cuma cari yang tebal. Tos dulu makanan basah baru masuk ziplock. Tak payah sapu tangan ye.
Sama jugak. Dah guna nanti, basuh ziplock dengan sabun bersih-bersih, lap dan guna semula selagi tidak bocor.
Susun ziplock secara mendatar dulu. Bila makanan dah beku, baru tegakkan. Jimat space dalam freezer.
Ni bila ikan, ayam dah beku. Tegakkan.
Simpan ikut saiz portion yang kita nak masak.

Ni separuh ayam guna ziplock M.
PKPB 2.0. Restock barang basah. Lepas pack, sebolehnya ratakan ziplock untuk jimat ruang dalam fridge. Daging dalam ziplock M, ikan selar guna ziplock L.
PPPB 2.0. Ikan jenis dipotong-potong saya simpan macam ni. Satu ziplock M ni boleh masuk satu ekor ikan. Saya simpan satu ekor setiap beg untuk sekali masak. Kalau family besar, boleh la guna ziplock L untuk simpan 2-3 ekor ikan potong-potong.
PKPB 2.0. Ikan saiz besar-besar macam siakap, saya siang dan cuci bersih, terus masuk ziplock L. Balut badan ikan dengan lebihan plastik ziplock tu. Ni rupa dia bila dah beku.
PKPB 2.0. Susun ziplock dalam keadaan baring begini. Dalam gambar ni ada dua ekor ayam, satu ekor siakap, satu ekor tongkol, satu ekor nyok-nyok, lima ekor selar, 1/2kg daging, 1/2 kg udang. Baru 1/4 freezer saya. Jimat ruang.
Sumber: Tisam Ibrahim