Siakap Keli
Gambar Hiasan Via Google

Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda Di Kebanyakan Negeri Sehingga Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa kawasan di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 5 petang ini.

Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 2:05 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia.

Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 5 petang ini:

Perlis

Kedah

Pulau Pinang: (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan)

Perak: (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)

Terengganu: (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu)

Pahang: (Raub, Bentong, Pekan dan Rompin)

Selangor

W.P Kuala Lumpur

W.P Putrajaya

Negeri Sembilan: (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau)

Melaka

Johor: (Mersing dan Kota Tinggi)

Sarawak: Limbang

Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat

Labuan

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang pulang dari tempat kerja pada petang ini dinasihatkan supaya berwaspada terutamanya kawasan-kawasan yang dijangka dibadai ribut petir petang ini.

Sumber: Malaysian Meteorological Department

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.