Siakap Keli

Jam Pintar Setanding Smartphone, OPPO Watch Memang Hebat Dengan Wear OS by Google

Macam yang ramai tahu, kebanyakan jam pintar Android di pasaran tak sama macam jam pintar OPPO Watch ni. Nak tau kenapa? 

Ini kerana, OPPO Watch menggunakan sistem Wear OS by Google, Watch VOOC Flash Charging, 3D Dual Curve Screen dan korang juga boleh jawab call dan message dari jam je. Memang boleh memudahkan urusan harian anda, sama macam function sebiji smartphone tau.

Nak tau macam mana Wear OS by Google ni boleh bantu korang dalam menjalani rutin harian? Jom check it out.

1. 4, 000 Aplikasi Dari Google Play Store

Untuk pengetahuan korang, Wear OS by Google merupakan sistem perisian khusus untuk peranti boleh pakai seperti jam pintar dari Google. Korang boleh main game, menstrim muzik secara atas talian dan pelbagai lagi.

Selain itu, korang boleh menggunakan pelbagai aplikasi yang disediakan dalam Wear OS yang membuatkan pengguna lebih selesa untuk kekal berhubung dengan kenalan penting mereka.

Senang je, dengan OPPO Watch, korang dah tak payah nak susah-susah bawa phone. Tengok je pada OPPO Watch, semua dah tersedia.

2. Memudahkan urusan korang

Perisian ini akan memudahkan tugasan harian pengguna. Mana taknya, korang boleh menerima dan membalas mesej dari rakan-rakan. Bukan itu je, korang boleh menjawab panggilan dari keluarga hanya dengan jam pintar ini sahaja.

Kalau dah boleh jawab call, mestilah boleh menerima notifikasi, semudah “angkat je tangan, semua notifikasi dah sedia”.

3. Untuk kegunaan professional

OPPO Watch juga turut dilengkapi dengan mikrofon terbina yang membolehkan pengguna untuk menyeru Google Assistant sebagai pembantu maya. Maka ia ternyata seperti menggunakan telefon pintar tetapi dalam versi yang lebih kecil.

Bukan itu sahaja, Google Keep juga disediakan untuk korang yang sentiasa sibuk, jadi aplikasi ini membantu sync nota-nota penting dengan cepat daripada telefon. Malah, Present Wear juga bertindak sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal slide pembentangan.

Paling unik adalah Google Camera yang disediakan adalah untuk dijadikan remote untuk setiap gambar yang diambil. Power lah.

OPPO Watch ini juga mempunyai 90 Google Fit Mode yang membolehkan korang memantau rekod workout korang seperti jogging, swimming dan cycling. Macam fitness buddy, gitu.

Lebih banyak ‘functions’ hebat yang ada pada OPPO Watch

  • Watch VOOC Flash Charging

Jangan risau kalau korang lupa mengecas jam tangan pada waktu malam kerana dengan sistem Pengecasan Kilat Watch VOOC, dalam masa 15 minit pengecasan sahaja, korang dah boleh guna OPPO Watch ni seharian. Caj penuh dapat dicapai hanya dalam 75 minit, jauh lebih cepat daripada produk lain di pasaran.

Snapdragon Wear 3100 SoC dan Ambiq Apollo3 MCU untuk memberikan dua mod daya tahan. Dalam Mod Pintar, jam tangan dapat digunakan sehingga 36 jam, sementara dalam Mode Ketahanan, data masuk, peringatan, dan pemantauan jantung dipertahankan selama 21 hari.

  • Outfit-Matching AI Watch Face

Kalau korang yang suka tukar-tukar jam, OPPO Watch ni memang sesuai sangat untuk korang sebab korang boleh gayakan dia mengikut kesesuaian pakaian korang.

Pengguna hanya perlu menggunakan smartphone untuk memotretkan pakaian atau outfit yang dipakai, kemudian secara automatik, algoritma pencitraan OPPO Watch AI akan menghasilkan wallpaper yang match dengan pakaian yang korang pakai. Best kan?

Selain tu, korang pun boleh guna jugak gambar-gambar dari dalam album korang untuk dijadikan sebagai watch face.

  • Mode Olahraga Ala Profesional

OPPO Watch membawa pelbagai mode olahraga. Korang boleh pilih sukan apa yang korang nak buat, daripada berlari, berjalan kaki, berkayuh sampailah berenang.  Ada 5 mod workout profesional yang korang boleh pilih, and paling syok, ada pilihan senaman 5 minit untuk korang yang lebih gemarkan senaman-senaman ringan.

Pendek kata, OPPO Watch ni memang kerja dia nak memastikan dan monitor tahap kesihatan korang.

  • 50M water-resistant

Untuk korang yang ‘kaki berenang’, OPPO Watch ni boleh masuk ke dalam air sedalam 50 meter tahap kedalaman.

  • Mempunyai sensor yang sangat profesional

OPPO Watch ini mempunyai rangkaian sensor tahap profesional iaitu dapat membantu untuk korang memantau degupan jantung selama 24 jam dan rekod kiraan pergerakan tepat terhadap setiap latihan olahraga yang korang buat.

Selain itu, OPPO Watch ni juga membantu untuk memantau pola tidur si pemakai. Jadi, lepas korang bangun dari tidur, korang boleh check sama ada korang tidur nyenyak atau tidak dan boleh tahu berapa jam korang tidur. Wahh, bestnya.

Jadi memang berbaloi lah kan untuk korang miliki OPPO Watch ni untuk kegunaan harian. Memang perfect lah.  OPPO Watch didatangkan dengan dua versi, iaitu OPPO Watch 46mm yang berharga RM1,299 dan OPPO Watch 41mm yang berharga RM899. Korang boleh check out perbezaan spesifikasi antara dua variasi OPPO Watch ni.

Korang jangan tak tau, bukan setakat OPPO Watch je yang hebat, peranti terbaru OPPO FindX2 Green Leather Edition pun boleh tahan ‘awesome’ tau.

OPPO FindX2 Pro kali ni dihasilkan dengan warna ala-ala ‘agar-agar pandan lumut’ yang direka khas untuk melambangkan tranqualiti dan empowerment yang mampu memberikan ketenangan untuk menangani setiap situasi dan cabaran hidup.

Untuk pengetahuan korang, OPPO FindX2 Pro ni dilengkapi dengan kualiti display paling mantap setakat ni dengan 120Hz refresh rate, skrin QHD + AMOLED dengan paparan warna 10-bit yang mengandungi 1,000,000,000 (1 bilion) warna. Kameranya pula direka dengan sistem 3k Ultra Vision dan 60x Zoom Digital untuk memberikan kualiti gambar yang power.

Dengan kehebatan Qualcomm Snapdragon 865 Mobile Platform dan Qualcomm Snapdragon X55 5G Modem-RF System, digabungkan pula dengan 65W SuperVOOC 2.0 flash charge yang mampu memberikan kuasa bateri 60% dalam masa 15 minit sahaja, kami yakin OPPO FindX2 Pro ni memang superb.

Kalau korang jenis suka travel, jangan tak tau. OPPO FindX2 Pro ni dilengkapi dengan teknologi IP68 Waterproof . So, tak ada masalah lah kalau korang nak bawa menyelam kan.

OPPO menawarkan pembelian secara ‘bundle’ untuk OPPO Watch dan OPPO FindX2 Pro Green Vegan Leather Edition. Korang akan dapat memiliki kedua-dua peranti terbaru mereka ini dengan harga hanya RM5,399 (harga asal RM6,097) Dengan pembelian ‘bundle’ ini, korang akan menerima box edisi terhad yang mana di dalamnya ada OPPO Watch 46mm dengan tali tambahan dan peranti eksklusif OPPO FindX2 Pro Green Vegan Leather Edition. Best tak best?

Tunggu apa lagi, jom dapatkan maklumat lanjut di link berikut;

OPPO Watch: https://bit.ly/3csFPFL
OPPO Find X2 Pro 5G Green Vegan Leather Edition Exclusive Gift Box – https://bit.ly/36iNq95
OPPO Brand Store: https://bit.ly/3jcPJOB
OPPO Facebook: https://bit.ly/2RYejq4
OPPO Instagram: https://bit.ly/3i60EZ2

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang