Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Gambar: Bernama

Diskaun 15 Peratus Bil Elektrik Antara Saranan Rancakkan Sektor Pelancongan Pulau Pinang

Aqmal Ezany

GEORGE TOWN, 13 Nov — Melanjutkan diskaun bil elektrik sebanyak 15 peratus bagi enam sektor adalah antara saranan kerajaan Pulau Pinang bagi membantu merancakkan kembali ekonomi sektor pelancongannya yang terjejas ekoran pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang (PETACE) Yeoh Soon Hin berkata pihaknya telah menulis surat kepada kerajaan Persekutuan bagi mengetengahkan beberapa cadangan untuk meringankan beban penggiat industri pelancongan memandangkan Belanjawan 2021 yang diumumkan baru-baru ini, disifatkannya kurang memberi manfaat kepada mereka.

“Kami telah mencadangkan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli untuk melanjutkan diskaun bil elektrik sebanyak 15 peratus bagi enam sektor termasuk pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, kompleks beli-belah, pusat konvensyen, taman tema, dan pejabat syarikat penerbangan tempatan.

“Kita juga mencadangkan kepada Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz untuk melanjutkan tempoh moratorium dan program subsidi upah kepada penggiat industri pelancongan yang terkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga telah mencadangkan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk mengecualikan pembayaran fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong sehingga Disember 2021.

“Sempadan Malaysia yang masih belum dibuka kepada pelancong antarabangsa ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang baharu sahaja dilaksanakan, mengakibatkan semua aktiviti pelancongan terpaksa dihentikan.

“Ini adalah cabaran yang amat besar untuk memulihkan industri tersebut. Justeru, kerajaan perlu membantu penggiat industri pelancongan supaya dapat meringankan beban kewangan mereka dengan harapan industri tersebut tidak berdepan situasi pemberhentian pekerjaan secara amnya” katanya.

Sumber: BERNAMA