Siakap Keli
GAMBAR: FAISAL RAHIM

“Keliling Dataran Kaabah Ada…”, Lelaki Kongsi Foto-foto Indah Semasa Di Mekah Tahun 2014

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap orang mesti ada kenangan manis untuk diingati sepanjang zaman. Ada orang simpan kenangan dalam memori, ada juga dijadikan album untuk ditatap masa akan datang. Sungguh indah apabila mengingatkan semula kenangan-kenangan manis tambahan pula semasa mengerjakan umrah atau haji di Mekah.

MasyaAllah, pemilik akaun Twitter, Faisal Rahim berkongsi gambar-gambar kenangannya mengerjakan umrah di Mekah pada tahun 2014 bersama isteri tercinta. Apa yang menjadi tarikan pada gambar yang dimuatnaik itu, gambar momen tersebut ditangkap menggunakan telefon pintar Iphone 5s.

Menarik bukan? Ya, bayangkan sudah berapa tahun kewujudan peranti ini namun gambar yang dihasilkan cukup memberi keterujaan kepada orang ramai termasuk pembaca dari Siakap Keli. Perkongsian menarik ini bukan sahaja dapat pujian daripada orang ramai malah mereka yang melihat foto ini mungkin akan menyatakan kerinduan untuk ke Tanah Suci Mekah ini.

Tiba-tiba rasa nak kongsi hasil shoot guna phone ni…

Masa kemas stor rumah tadi, jumpa iPhone 5S yang dah beberapa tahun tak dihidupkan. Bila cas masih hidup lagi. Tiba-tiba rasa nak kongsi hasil shoot guna phone ni. Thread ni adalah gambar 100% shoot guna iPhone 5S sahaja. Kita mulakan dengan shoot fav aku ni. Perfect timing.

Part 2.

Ini sebenarnya perkongsian sikit gambar masa pergi umrah bersama wife awal tahun 2014 dulu. iPhone 5S ni dilancarkan September 2013. Sampai Malaysia bulan November. Baru beli 5S sebulan terus pergi umrah. Jadi memang nak cuba shoot guna phone je sepanjang kat sana.

Part 3.

Inilah kemampuan teknologi tahun 2013. Ketika itu screen kecil 4 inches, jadi detail gambar nampak amazing. Kalau tengok kat screen OLED phone sekarang, nampak banyak kekurangannya. Tapi ia dah cukup baik untuk capture moments.

Part 4.

Kalau pixel peeping memang tak perfect. Ini bukan gambar-gambar dari pro photographer. Sekadar nak tunjuk kemampuan iPhone 5S yang wujud 7 tahun lepas berbanding smartphone zaman sekarang.

8MP camera (1080p).
1GB RAM.
A7 chip.
Battery 1560mAh

Part 6.

Aku ada Exif data semua gambar-gambar ni. Manalah tahu ada yang tak percaya ia dari iPhone 5S.

Part 7.

Tahun 2014, Masjidilharam masih banyak kerja-kerja pembinaan. Keliling dataran Kaabah ada jambatan sementara 2 tingkat dibina. Kren-kren besar menghiasi keliling Masjidilharam.

Part 8.

Kelemahan 5S adalah ketika low light dan waktu malam. Gambar grainy. Ada yang langsung tak boleh guna.

Part 9.

Gua Hira’, Jabal Nur. Suka gambar baboon.

Part 10.

Cukuplah takat ni. Semoga dengan teknologi smartphone terkini dapat hasilkan gambar yang lebih baik. Banyakkan berlatih shoot dan perbaiki framing. InsyaAllah gambar kita dapat beri impak lebih baik. Tools tu sepatutnya jadi nombor dua.

 

Sumber: Faisal Rahim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang