Siakap Keli

(Video) Harimau Sumatera Dilapor ‘Ceroboh’ Kebun, Gemparkan Penduduk Aceh

Sebuah video yang menyaksikan penampakan seekor harimau Sumatera telah tular di media sosial Indonesia sejak Khamis, lapor BeritaKini

Video tersebut dipercayai telah dirakam oleh penduduk Aceh Tenggara di daerah pergunungan yang dijadikan kebun.

Dalam video yang berdurasi 1 minit 59 saat itu, kelihatan seekor harimau yang mendekati pondok di kebun milik penduduk tersebut.

Pemilik kebun dipercayai telah merakam dari dalam pondok.

Harimau tersebut dilihat mengelilingi pondok di situ sebelum menghilang.

Ketua Taman Nasional Dunung Leuser (TNGL) Lawe Alas Resort, Sufri Helmi, mengatakan bahawa berdasarkan maklumat awal yang diperolehi, lokasi penampakan harimau Sumatera itu masih di kawasan Taman Nasional Gunung Lauser.

“Nampaknya masih berada di hutan Gulo, Resort Pulo Gadung, Kabupaten Darul Hasanah,” katanya.

Tambahnya, video itu mungkin dirakam enam hari yang lalu.

Sumber: BeritaKini

Sofea

There's always another side to every story