Siakap Keli

Tetap Nak Tayang ‘Muka’ Walau Pakai “Mask”, Lelaki Ini Lukis Wajah Atas Pelitup Muka

Dalam keadaan dunia masih lagi bergelut dengan COVID-19, seorang lelaki di Brazil menggunakan kreativiti dan bakat seninya untuk mencipta pelitup muka dengan gambaran wajah sebenar seseorang.

Jorge Roriz sebelum ini menghiasi sebarang karnival di Rio de Jeneiro dengan kostumnya yang berwarna-warni.

Gambar Via Economic Times

Menurut Economic Times, dia melukis pelitup muka yang sangat tepat dengan wajah pelanggannya sehingga membuatkan orang lain tidak perasan bahawa ia merupakan pelitup muka.

“Saya menggunakan pelitup muka ini agar tidak kehilangan identiti saya,” katanya.

Gambar Via Economic Times

Dia melukis bahagian bawah wajah seseorang ke atas pelitup muka putih dengan menekankan perincian pada bibir dan warna kulit.

Gambar Via Gulf Today

Pelitup muka tersebut menjadi terkenal dalam kalangan orang yang tidak mahu menyembunyikan wajah mereka ketika menggunakannya.

“Adalah sangat penting bagi setiap orang menjaga diri mereka, ia sesuatu yang bagus apabila mereka memakai pelitup muka,” katanya.

Sumber: Economic Times

Sofea

There's always another side to every story