Siakap Keli
Gambar via Tribun News

Gara-gara Cabaran Tiktok, Wanita Nekad Jadikan Bulu Kaki Sebagai Extension Bulu Matanya

Seorang wanita bernama Liz Lele telah melakukan aksi di mana menggunakan bulu kakinya serta teman lelakinya untuk membuat extension bulu mata. Dirinya terkejut apabila mengetahui videonya di Tik Tok telah viral sehingga ke Indonesia.

Liz berkata,” Sesetengah beranggapan perbuatan tersebut adalah kreatif tetapi ada juga yang mengatakan ianya adalah perbuatan yang menjijikkan”.

“Saya mengabaikan para pembenci tersebut,” tegasnya.

Liz mengakui telah melakukan aksi tersebut pada 26 Oktober yang lalu dan dia melakukan perbuatan tersebut ketika dirinya mengikuti #showerhairchallenge di Tik Tok.

Cabaran ini berupa mengumpulkan bulu yang gugur dan memanfaatkannya.

“Jadi saya mula mengumpul untuk membuat bulu mata palsu dengan bulu alis dan bulu kaki saya,” tambahnya.

“Saya mencabut bulu dengan penyepit setelah mandi,” kata Liz.

Setelah terkumpul cukup banyak, Liz akan menempelkan bulu-bulu tersebut dengan teliti menggunakan alatan khusus.

Gambar via Kakkus

Liz bukan sekadar mengambil peluang untuk extension bulu mata malah pada 19 Januari 2020, dia berhasrat untuk mengumpulkan bulu selama bertahun-tahun. Dia mengakui ingin melakukan perbuatan tersebut sepanjang hidupnya.

“Dan saya belajar sendiri membuat wig dari YouTube. Saya juga membuat wig untuk anjing saya,” urai Liz.

Bahkan, dia beranggapan bahawa ianya akan menjadi satu trend yang popular serta mempengaruhi dunia fesyen di masa akan datang.

“Saya fikir orang ramai boleh mendapatkan duit dengan menjual bulu di bahagian tubuh malah boleh menyelamatkan dari kemiskinan,” katanya.

Sumber: Tribun News

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia