Siakap Keli

Sekurang-kurangnya 10 Pesakit COVID-19 Maut Dalam Kebakaran ICU Hospital Di Romania

Sekurang-kurangnya 10 orang pesakit COVID-19 dilaporkan maut selepas unit rawatan rapi di sebuah hospital di Romania terbakar, pada Sabtu.

Menurut portal berita ABC, manakala 10 lagi dilaporkan cedera dengan 7 daripadanya kritikal.

Menteri Kesihatan Romania, Nelu Tataru berkata, kejadian kebakaran Hospital Kecemasan Wilayah Piatra Neamt itu dipercayai berpunca daripada lintar pintas.

Dalam pada itu, pasukan pendakwa raya juga tidak menolak kemungkinan perbuatan khianat dan akan menyiasat teori tersebut.

Media tempatan turut melaporkan seorang doktor yang bertugas ketika kejadian malang tersebut berlaku turut kritikal selepas cuba menyelamatkan beberapa pesakit. Mangsa dilaporkan mengalami luka terbakar sebanyak 80 peratus di seluruh badannya.

Manakala, seorang lagi doktor dan dua jururawat turut menerima rawatan luka terbakar, namun tidak serius.

Sumber: ABC News

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.