Siakap Keli

Kisah Oyen Si ‘Security’ Sambilan Di Maybank Gombak Yang Tular di Media Sosial

Bila disebut sahaja kucing bernama ‘Oyen’ pasti ramai yang sudah mengetahui sifatnya yang nakal dan perangainya yang sering membuat ‘hal’ di luar jangkaan manusia.

Gelagatnya itu selalu mencuri tumpuan teruamanya dalam kalangan warganet yang berkongsi gambar atau video si Oyen yang boleh membuatkan ramai pencinta kucing merasa geram dan terhibur.

Namun, menerusi perkongsian oleh Idiaj Dhom di Kelab Pencinta Kucing Malaysia ( Group ), Oyen kali ini memainkan peranan sebagai pengawal keselamatan sambilan di  Maybank, Taman Sri Gombak.

Menurutnya, Oyen itu sememangnya dikenali oleh pelanggan bank tersebut kerana sering menghabiskan masanya dengan tidur di dalam aircond. Amboi, curi tulang betul!

Siapa yang biasa pergi Maybank Taman Sri Gombak akan biasa tengok Oyen ni.

Dia security sambilan, tapi biasa tidur je, nak tidur dalam aircond je. Tapi tak pernah berak dalam bilik atm/cdm. Semua orang sayang dengan Oyen ni.

Sebilangan netizen yang membanjiri ruangan komen turut menyarankan kepada pihak Maybank untuk memberikan Oyen ‘staff ID’ sebagai pekerja tetap di bank tersebut.

Malah, ada yang menyifatkan Oyen sebagai pengganti kepada maskot harimau di Maybank. Nampaknya, Oyen kesayangan ramai ini memang serba boleh ye. Kelakar!

Maybank perlu bagi staff ID pada Oyen

Manager memantau pelanggan keluar masuk

Selalu kalau pergi mesti dia ada

Perasan jadi ikon Maybank

Sumber: Idiaj Dhom via Kelab Pencinta Kucing Malaysia ( Group )

 

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.