Ahli biologi marin kini sedang menyiasat kematian enam ekor ikan paus yang ditemui dihanyutkan di pantai barat Perancis tanpa menunjukkan punca sebenar kematian sama ada terkena kapal atau terperangkap dalam jaring pukat, lapor The Jakarta Post.
Para penyelidik menggunakan penggali mekanikal dan pisau panjang untuk membedah ikan paus sirip, spesies paus kedua terbesar setelah ikan paus biru.

Mereka mengambil sampel yang mereka percaya mungkin mendedahkan bukti adanya patogen virus.
Dalam setahun, kira-kira tiga atau 10 ikan paus ditemui mati di pantai Perancis.

Bangkai ikan paus sirip terbaru ditemui pada Jumaat lalu berhampiran Saint-Hilaire-de-Riez yang berukuran hampir 16 meter dan beratnya dianggarkan 10 tan.
Semua paus tersebut kekurangan gizi dan memperlihatkan bukti pendarahan pada sistem jantung dan pernafasan.
Pihak berkuasa juga mengawal bangkai ikan paus tersebut bagi mengelakkan tumpuan orang ramai.
Sumber: The Jakarta Post