Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bagi penduduk Bagan Datuk, pasti ramai sudah mengenali bangunan seakan kapal belayar di tengah lautan ini. Namun bagi pengunjung Program Madani Rakyat (PMR) 2025 Perak yang datang dari luar negeri, rekabentuk Politeknik Bagan Datuk (PBD) ini membuatkan ramai terpesona.
Untuk makluman, PBD merupakan sebahagian daripada pameran PMR 2025 Perak yang berakhir 15 Jun lalu setelah penganjurannya berlangsung selama tiga hari sebagai salah satu institusi TVET utama negeri.
Mungkin tak ramai yang tahu, kampus ini mempunyai fasiliti canggih sebagai simulasi operasi di atas kapal maritim sebenar. Antara fasiliti utama termasuk makmal dan bengkel berteknologi tinggi seperti CAD/CAM, mesin CNC dan makmal simulasi reka bentuk 3D.

Kampus ini juga dilengkapi simulator enjin dan sistem elektrik marin selain makmal sistem janakuasa serta kawalan marin. Ia juga memiliki kemudahan latihan penyelenggaran dan operasi kapal perang, kapal pesisir serta kapal dagang.
Kalau anda ada anak-anak yang berminat dalam bidang TVET dan mahu ceburi dunia maritim, bolehlah menjadikan bidang ini sebagai salah satu pilihan. Mana tahu, satu hari nanti boleh jadi jurutera kapal bergaji tinggi dan berkhidmat di luar negara.

Terdahulu, program yang berlangsung dari 13 hingga 15 Jun ini dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim dan turut dihadiri Menteri Besar Perak, YAB Dato Seri Saarani Mohamad serta Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir.

Program MADANI Rakyat 2025 peringkat negeri Perak berjaya menarik lebih sekali ganda dari sasaran asal pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran di Lumut Waterfront, sekali gus mencatatkan jumlah pengunjung tertinggi berbanding penganjuran PMR di dua lokasi sebelumnya, membuktikan sambutan hangat rakyat terhadap inisiatif kerajaan mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat.
Antara pengisian utama ialah 230 perkhidmatan touchpoint rakyat, penyertaan 8 usahawan jualan MADANI, 12 majikan dalam Karnival Kerjaya, 75 sesi libat urus pentas, 16 program satelit dan 8 agensi perkhidmatan bergerak.

Program ini merupakan lokasi ketiga PMR 2025 selepas Sabah dan Johor, sebagai platform menyampaikan inisiatif dan dasar kerajaan secara langsung kepada rakyat, seiring dengan Agenda Pembangunan MADANI.
