Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bukan Sebab Buka 24 Jam, Rupanya Ini Maksud Sebenar Nama emart24 Yang Ramai Tak Tahu

emart24
Kredit: Tamarind Square

Ramai yang selama ini menyangka nama emart24 merujuk kepada sebuah kedai serbaneka yang beroperasi selama 24 jam.

Namun, sebenarnya angka 24 pada nama tersebut membawa maksud yang berbeza daripada tanggapan umum pelanggan.

emart24 tampil menjelaskan maksud sebenar angka “24”

Menerusi satu perkongsian di akaun Threads rasmi @emart24.my, pihak rangkaian kedai serbaneka itu tampil menjelaskan maksud sebenar di sebalik nama yang digunakan sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian tersebut, emart24 menjelaskan bahawa angka “24” diinspirasikan daripada perkataan Korea “이웃사” (e-sa), yang membawa maksud neighbours atau jiran.

Jelas emart24, konsep yang ingin dibawa adalah sebagai sebuah kedai serbaneka kejiranan yang dekat dengan kehidupan dan keperluan masyarakat setempat.

Malah, mereka turut menyifatkan pelanggan sebagai jiran mereka menerusi konsep komuniti yang ingin diketengahkan.

“Secara asasnya, matlamat kami adalah untuk menjadi kedai serbaneka pilihan masyarakat setempat. Kiranya jiran korang lah!” demikian antara penjelasan yang dikongsian @emart24.my.

Netizan ingat emart24 buka sepanjang masa

Meninjau ruangan komen, ramai pengguna mengakui mereka sememangnya menyangka angka “24” pada emart24 merujuk kepada waktu operasi 24 jam.

Malah, ada yang berkongsi pengalaman tersendiri selepas mengetahui maksud sebenar nama kedai serbaneka berkenaan.

@emart24.my

Rupa-rupanya, nama yang selama ini membuatkan ramai menyangka emart24 beroperasi 24 jam itu mempunyai maksud yang jauh berbeza daripada apa yang dibayangkan.

Menarik juga apabila satu perkongsian ringkas sebegini berjaya membuka mata ramai pelanggan tentang identiti sebenar jenama tersebut.

Nampaknya, selepas ini tiadalah lagi salah faham tentang angka “24” pada nama emart24.

Sumber:Threads
Intipati
  • emart24 menjelaskan angka 24 pada namanya bukan merujuk operasi sepanjang 24 jam.
  • Angka itu diinspirasikan daripada perkataan Korea “이웃사” atau “e-sa”, bermaksud jiran.
  • Jenama berkenaan mahu menonjolkan konsep kedai serbaneka kejiranan untuk komuniti setempat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan