Air putih merupakan salah satu sumber penting untuk sel bahan bakar, menjaga fungsi otak dan sokongan untuk prestasi kerja organ tubuh. Untuk memastikan badan sentiasa hidrasi , bekalan cecair terbaik boleh diperolehi dengan memperbanyakan minum air putih. Merujuk EatThis, keperluan cairan setiap orang berbeza-beza, bergantung tahap aktiviti, suhu, dan kondisi kesihatan masing-masing. Kebiasaannya, orang dewasa perlu minum air sebanyak lapan atau sembilan gelas sehari.
ketika tubuh banyak mengeluarkan peluh oleh kerana menjalankan aktiviti fizikal atau terdedah dengan cuaca panas, keperluan cecair dalam badan akan meningkat. Kurang minum air putih atau cairan lain boleh menyebabkan dehidration, keadaan ini boleh memudaratkan kesihatan badan.
Berikut kesan-kesan jika kekurangan air putih berlaku dalam badan.
1. Tekanan darah menurun
Ketika tubuh kekurangan air putih atau cairan lain, seseorang itu boleh mengalami dehidration. Dehidrasi dapat membuat volume plasma darah yang mengandungi protein menurun. Kesannya, tekanan darah orang yang kurang minum air putih juga akan menurun.
2. Mual dan muntah
ketika suhu badan meningkat atau sedang melakukan aktiviti fizikal, tubuh manusia secara semula jadi menghilangkan panas pada tubuh dengan peluh-peluh. Apabila pengeluaran cairan tersebut tidak diimbangi dengan pengambilan cecair pengganti, peningkatan suhu badan akan menyebabkan mual dan muntah.
3. Kekejangan otot
Akibat kurang minum air putih terutama setelah berolahraga atau melakukan aktiviti yang memerlukan pergerakkan akan menyebabkan kekejangan otot. Peluh mampu menurunkan volume plasma darah dan kadar elektrolit seperti natrium dan kalium. Apabila tidak diimbangi dengan minum air putih atau cecair minuman lainnya, seseorang akan cenderung untuk mengalami kekejangan otot.
4. Sembelit
Kurangna minum air putih akan mengakibatkan gangguan pada proses pencernaan. Hal ini kerana, air putih membantu melancarkan sistem pencernaan. Kurang minum air putih atau cairan lain boleh menghalang kelancaran proses tersebut. Salah satu kesannya adalah sembelit atau susah buang air besar (BAB).
5. Kurang bertenaga
Dipetik dari Eating Well, akibat dari kurang minum juga boleh menyebabkan kekurangan tenaga. Kesannya, tubuh jadi kurang bertenaga dan malas sepanjang hari. Keadaan ini mampu mempengaruhi keseimbangan cecair di dalam tubuh terganggu.
6. Murung dan sedih
Dehidrasi juga boleh memberi kesan pada tahap kesihatan mental, salah satunya membuat mood berkurang. Tidak boleh dielakkan, orang yang kurang minum air putih dan cecair dalam tubuh meraka akan mudah mengalami kemurungan, sedih, mudah tersinggung dan cerewet
Sumber- Kompas.com