Siakap Keli
Gambar: Bernama

Bulan Sabit Merah Sabah Kumpul 5,252 Pain Darah Sejak Mac Lepas

KOTA KINABALU, 19 Nov  — Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah telah mengumpul sebanyak 5,252  pain darah melalui Program Derma Darah COVID-19, yang dilaksanakan di seluruh negeri itu, sejak Mac lepas.

Penyelaras Program Derma Darah BSMM Sabah Leslie Chan Boon Siang berkata darah berkenaan berjaya dikumpul melalui 129 program derma darah yang diadakan 21 daerah di Sabah.

“Jumlah darah yang dikumpul melibatkan lebih 6,000 penderma di seluruh Sabah dan kita jangka jumlah ini terus meningkat sehingga penghujung tahun ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata Sebanyak 3,553 daripada 5,252 pain darah berkenaan dikumpul semasa fasa pertama program berkenaan yang diadakan Mac hingga Ogos lepas dengan melibatkan 95 program derma darah.

Leslie berkata sehingga hari ini, BSMM telah melaksanakan program derma darah di 21 daerah di Sabah dan hanya tiga daerah lagi iaitu Lahad Datu, Nabawan, dan Kinabatangan belum melaksanakan program tersebut.

“Sehingga hujung tahun ini, kita akan melaksanakan 15 lagi program derma darah di ketiga-tiga daerah berkenaan dan seramai 250 sukarelawan yang turut terlibat dalam program ini,” tambahnya.

Sehubungan itu, Leslie meminta penduduk Sabah agar menderma darah bagi menampung bekalan darah yang agak kritikal di Hospital Queen Elizebeth I, Hospital Kudat dan Tuaran, serta tidak takut menderma kerana pengendalian derma darah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right