Siakap Keli

5 Cara Nak Kurangkan Sakit Belakang Yang Dialami Ramai Orang

Sakit  di bahagian belakang pinggang sering terjadi, ianya dapat dirasakan  di sepanjang tulang belakang, dari leher hingga punggung. Dalam kebanyakan kes, rasa sakit di punggung tidak disebabkan oleh sesuatu yang serius dan biasanya ia akan pulih seiring dengan waktu. Ada beberapa hal yang dapat Anda lakukan untuk membantu meringankannya. Namun rasa sakit itu mungkin akan dirasakan semula.

Ada banyak cara yang dapat dicuba untuk membantu mengurangkan rasa sakit punggung dan mempercepat pemulihannya. Berikut beberapa hal yang boleh dilakukan.

1. Betulkan postur badan

Postur tubuh yang salah adalah salah satu punca sakit punggung, terutama jika anda duduk dalam waktu lama dalam keadaan membungkuk. Duduk dengan tegak, rileks kan bahu dan tubuh bersandar pada  sandaran kerusi. Cuba letakkan bantal atau bantal peluk di antara bawah pinggang dan tempat duduk anda. Jaga agar kaki anda sentiasa rata di lantai.

2. Tidur yang cukup

Ketika anda mengalami sakit pinggang menyebabkan anda sukar untuk tidur dengan nenyak. Ini boleh menyabakan eye bag kerana tidak mendapatkan tidur yang cukup dan mungkin sakit belakang ada akan jadi lebih teruk. Posisi tidur yang salah juga boleh membuatkan sakit pinggang anda menjadi lebih teruk. Memetik kenyataan dari WebMD, untuk mengatasi sakit tersebut, cubalah tidur dengan baring secara mengiring. Letakkan bantal di antara kedua lutut anda untuk menjaga tulang belakang Anda dalam posisi neutral dan mengurangkan ketegangan pada pinggang anda.

3. Ubat antidpresion

Meskipun anda tidak mengalami depresion, doktor mungkin menyarankan ubat antidepresion sebagai salah satu cara pengubatan untuk sakit belakang yang serius. Tidak jelas bagaimana antidepresion membantu meredakan sakit tersebut. Namun, dipercayai bahawa pengaruh antidepresion pada kesan kimia dapat mempengaruhi sakit dalam badan.

4. Ais dan tungku

Penggunaan ais secara teratur pada area yang sakit dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan pembengkakan akibat tercedera. Cuba lakukan beberapa kali sehari 20 minit setiap kali. Bungkus ais dengan kain nipis untuk melindungi kulit anda. Setelah beberapa hari tukar kepada bertungku, jangan ingat orang lepas bersalin jer boleh bertungku. Letak tungku hangat pada bahagian yang sakit untuk membantu mengendurkan otot dan meningkatkan aliran darah ke area yang terkena.

5. Fizikal terapi

Terapi fizikal dapat mengajar anda cara duduk, berdiri, dan bergerak dengan cara yang menjaga tulang belakang tetap sejajar dan mengurangkan ketegangan di bahagian belakang. Terapi fizikal juga mengajar anda latihan khusus untuk memperkuatkan otot teras yang menyokong belakang anda. Teras yang kuat adalah salah satu cara terbaik untuk mencegah lebih kerap sakit belakang di masa akan datang. Penelitian menunjukkan bahwa ketika anda meningkatkan kekuatan, kelenturan, dan daya tahan, sakit belakang dapat dikurangkan tetapi mengambil waktu yang lama.

Sumber- WebMD

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.