Siakap Keli

“Abah Minta Maaf,” Anak Sedih Baca ‘Warkah’ Terakhir Ayah Sebelum Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wabak Covid-19 semakin mengganas di seluruh dunia kerana jumlah kematian bukanlah sedikit malah ribuan mangsa terkorban tambah-tambah lagi di negara barat. Namun, di Malaysia juga tidak terlepas dengan kes kematian yang semakin hari semakin meningkat angkanya.

Sudah pasti setiap kematian akibat jangkitan Covid-19 ini hanya boleh diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut prosedur yang ditetapkan. Saat inilah paling sedih buat ahli keluarga. Saat terakhir berpisah di dunia tidak lagi dapat berjumpa hanya pandangan dari jauh dan kiriman doa sahaja dapat diberi.

Perkongsian yang meruntun hati ini daripada salah seorang anak kepada mangsa korban pandemik ini meluahkan rasa sedih dan lebih menjadikan mereka sedih apabila ayahnya sempat meninggalkan warkah untuk anak-anak tercinta.

Difahamkan, mangsa merupakan kes kematian ke 325 yang dilaporkan semalam oleh pihak KKM.

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah .. alhamdulillah..

Selesai sudah semua urusan pengebumian abah pagi tadi. Alhamdulillah sempat sampai dan jadi wakil keluarga tengok abah disimpan walaupun dari jauh. Alhamdulillah semua urusan pun Allah mudahkan.

Semoga Allah ampunkan abah, beri kelapangan pada abah, dilepaskan dari siksa kubur, dimasukkan di kalangan orang2 beriman.

Nota ini yang paling terakhir sekali abah tinggal sebelum abah ditidurkan pada isnin lepas. I cried everytime.

Bagi sesiapa yang mengenali abah, sesiapa yang abah saya berhutang dengannya, mohon direct terus pada saya atau ahli keluarga yang lain.Doakan juga buat ahli keluarga saya yang lain yang masih lagi dirawat dan dipantau di hospital ipoh, semoga terus sihat dan selamat dari wabak ini InsyaAllah.

Covid-19 isn’t a joke guys. Follow SOP dan jaga jarak. Jaga diri, jaga keluarga.

P/s : Btw.. cuma saya dan suami dan sorang anak menakan sahaja yang tidak dijangkiti.. dan saya bukan penyebab mereka dijangkiti. ( Sebab berlegar-legar di Whatsapp kata saya punca).

 

Sumber: Fika Maira

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.