Siakap Keli
Gambar Via The Jakarta Post/ Mothership

Bukan RM7.6 Juta, Tapi RM 57 Ribu Je, ‘Jutawan’ Viral Rasa Tertipu & Kecewa Jual Batu Meteorit Pada Harga Murah

Seorang lelaki berusia 34 tahun di Sumatera Utara yang sebelum ini tular dengan rezeki ‘terpijak’ yang diperolehinya apabila satu batu meteorit jatuh ke rumahnya dilaporkan telah mendapat keuntungan yang sedikit setelah menjual batu meteorit tersebut dengan harga Rp 200 juta (kira-kira RM57, 660) sahaja.

Menurut Jakarta Post, dia sepatutnya  boleh mendapat keuntungan yang lebih besar apabila batu meteorit itu sebenarnya bernilai kira-kira RM 7.6 juta.

Joshua Hutagalung mengatakan bahawa dia merasa ‘tertipu’ setelah menjual batu itu kepada seorang pakar meteorit Amerika Syarikat dengan harga yang jauh lebih murah daripada nilai sebenar.

Dia juga menyangkal laporan media asing yang telah menggambarkannya sebagai ‘jutawan sekelip mata’ setelah menjual batu meteorit itu.

“Saya telah membelanjakan semua yang saya dapat dari menjual meteorit itu untuk membantu keluarga dan anak yatim, membina gereja dan memperbaiki kubur ibu bapa saya,” kata pembuat keranda itu kepada The Jakarta Post.

Gambar Via Times Now

Mengimbas kembali pada 1 Ogos yang lalu, Joshua sedang membuat keranda ketika batu meteorit itu tiba-tiba menghancurkan bumbung ruang tamu di rumahnya di kampung Setahi Nauli, daerah Kolang di Kabupaten Tapanuli Tengah.

Meteorit itu dianggarkan berusia 4.5 bilion tahun dan diklasifikasikan sebagai CM1/2 karbonat Chondrite, jenis yang sangat jarang ditemui.

Dia terkejut mengetahui bahawa harga meteor yang ditemuinya dapat dijual dengan nilai tinggi iaitu hampir Rp 26 bilion.

Gambar Via The Jakarta Post

“Sekiranya itu benar, saya telah dibohongi dan saya kecewa,” katanya.

Tambahnya, dia juga mengakui hanya menjual 1.8kg dari keseluruhan 2.2kg batu meteorit itu, dia telah membahagikan batu itu dengan ahli keluarganya dan menegaskan tidak akan menjual batu itu walaupun nilainya tinggi.

“Biarkan ia menjadi kenang-kenangan,” ujarnya.

Menurut laporan media tempatan, tiga lagi serpihan meteorit dilaporkan ditemui di kawasan berdekatan ketika ia jatuh pada Ogos lalu, salah satu telah ditemui di sawah kurang 3 kilometer dari rumah Joshua.

Sumber: The Jakarta Post

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.