Siakap Keli
Gambar via Rolling Stone

Facebook Lancar Ciri-ciri Chat Terbaru Dengan Karakter Animasi Khas K-Pop BTS

Facebook Messenger akhirnya melancarkan perkongsian baru dengan TinyTAN untuk dinikmati oleh BTS ARMY tatkala mereka menantikan album baru BTS berjudul BE yang akan datang.

TinyTAN adalah watak animasi yang diilhamkan oleh ahli BTS malah dibentuk oleh Big Hit IP Co, anak syarikat di bawah firma pengurusan BTS, Big Hit Entertainment.

Sehubungan dengan itu, TinyTAN dapat diakses untuk pengalaman unik menerusi pesanan peribadi dan DM di Instagram. Pengguna boleh menggunakan tema TinyTAN dan menggunakan latar belakang 360 AR yang menarik di mana merangkumi bilik tidur dan kafe. Pengguna hanya perlu mencari ketujuh-tujuh watak BTS.

Gambar via Rolling Stone

Bilik-bilik tersebut dapat dipasang di kedua platform ketika anda melakukan panggilan video dengan pengguna lain. Peminat yang sudah biasa dengan “Magic Door” TinyTAN akan mengenali latar belakang bilik tidur dan kafe AR dari video tersebut.

Sebelum ini, TinyTan pernah berkolaborasi dengan BTS beberapa bulan yang lalu dengan animasi BTS “Mic Drop”. Sejak kejadian tersebut, akaun akaun Twitter rasmi mereka telah mencapai lebih dari satu juta pengikut setelah berkongsi pelancaran barang baru dan pelbagai klip animasi.

Pada Messenger, TinyTan akan disatukan ke dalam platform dengan set pelekatnya sendiri. Terdapat dua pelekat setiap ahli TinyTAN dan dua pelekat kumpulan dalam pek pelekat baru yang dimuat turun secara percuma.

Gambar via Rolling Stone

Menerusi album BE yang bakal dikeluarkan, terdapat lapan lagu akan dimuatkan termasuk single hit kumpulan, “Dynamite” yang menduduki tangga teratas di beberapa buah negara.

Sumber: Rolling Stone

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia