Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Gambar: Bernama

Burger Salmon Atlet Bina Badan Negara Cetus Fenomena Baru Di Kuching

Aqmal Ezany

KUCHING, 21 Nov — Mempunyai rutin pemakanan yang berdisiplin dan mementingkan jumlah kalori yang diambil, memberi cetusan idea buat atlet bina badan negara Awang Mohd Azizul Ghani, 35, untuk membuka gerai burger berasaskan makanan sihat, termasuk burger salmon yang kini menjadi ‘buah mulut’ masyarakat di Kuching.

Awang Mohd Azizul berkata beliau mengambil keputusan membuka gerai burger yang digelar ‘Burger Muscleman’ itu setelah menyedari kesukaran orang ramai, untuk mendapatkan makanan sihat.

“Untuk memberi pilihan sihat kepada pelanggan, saya mengadaptasikan gaya pemakanan saya sebagai ahli bina badan, yang mementingkan khasiat protein,” katanya kepada Bernama.

Katanya, antara yang paling menarik tumpuan ialah burger salmon, yang merupakan menu paling laris dan digemari pelanggan.

Bercerita mengenai burger salmon, Awang Azizul berkata beliau menggunakan 100 peratus salmon jenis Norwegian.

“Dari pemerhatian saya, ramai orang suka makan salmon, tetapi nak makan di hotel mahal, jadi saya ambil inisiatif untuk jual sendiri dan hasilnya memang tak menang tangan, apatah lagi memang strategi saya untuk menjual burger salmon hanya pada hari Jumaat dan Sabtu,” katanya.

Tinjauan Bernama di gerainya yang dibuka mulai 4 petang sehingga 10 malam (semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) di Satok mendapati, warga bandar raya ini tidak melepaskan peluang untuk mencuba menu sihat itu, selain burger daging ‘Tricep’, hot dog ‘Hamstring’ dan benjo ‘whey protin’.

Berkongsi berkenaan kariernya sebagai atlet bina badan negara, Awang Mohd Azizul menyifatkan tahun 2020 merupakan tahun suram buat seluruh warga sukan itu, apabila semua kejohanan antarabangsa yang dijadualkan terpaksa dibatalkan, susulan penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia.

“Walaupun kejohanan semua dibatalkan, tetapi sebagai atlet kebangsaan, tahap kecergasan perlu dijaga sentiasa. Saya juga menjalani latihan seperti biasa, dengan kos tanggungan sendiri dan tidak sabar untuk kembali beraksi mewakili negara,” katanya yang juga merupakan seorang jurulatih kesihatan peribadi.

Awang Azizul yang beraksi bagi kategori welterweight, mula mewakili Malaysia pada 2015 selepas dinobatkan sebagai juara antara juara kejohanan Persatuan Bina Badan Malaysia 2015 di Labuan, selain pernah muncul naib johan pada kejohanan Mr Universe Dunia 2016 di Pattaya, Thailand dan tempat ketiga Mr Asia 2017 di Seoul, Korea Selatan.

Sumber: BERNAMA