Siakap Keli
Gambar: Google

Doktor Ini Pesan Supaya Tidak Tinggalkan Bayi Menyusu Sendirian, Sendawakan Dulu Sebelum Bayi Buat Benda Lain

Kisah bayi maut akibat tersedak susu seringkali kita dengar di media. Tragedi pilu ini sering berlaku tanpa disangka. Kejadian ini pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada keluarga mangsa dan orang sekeliling.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, seorang doktor tampil menjelaskan langkah yang ‘wajib’ ibu bapa lakukan sebelum dan selepas menyusukan bayi agar tragedi itu boleh dihindari.

Mari baca penjelasan Dr Ahmad Luqman Bukhari di bawah.

Saya pun pernah buat kerja bodoh ni dulu. Sampai sekarang hati masih rasa menyesal tak sudah.
Dulu, asal dengar suara baby menangis, cepat cepat saya suruh isteri saya berikan dia susu.

Asal merengek je, minda terus cakap “Alaahh..baby laparlah tu.”

Tapi bila saya mula belajar ilmu parenting ni, barulah saya sedar rupanya banyak je sebab lain yang buatkan si comel tu kerap menangis.

Boleh jadi sebab dia nak mintak kita tukarkan lampin yang dah basah, tak pun dia dah letih dan mengantuk sangat. Kadang tu sebab bosan bersendirian pun ye jugak.

Bukan semata-mata kerana nak susu je. Bahaya sungguh kalau dalam minda kita ni asyik duk fikir nak sumbat susu je kat baby tu kalau dia nangis.

Bila dah overfeeding, risiko untuk bayi tersedak jadi makin tinggi. Tak pasal-pasal bayi boleh termuntah dan susu tu mengalir masuk ke paru-paru.

Mula-mulalah nampak baby sukar nak bernafas dan tercungap-cungap tak dapat udara kerana saluran pernafasan dah tersekat.

Sekiranya dalam tempoh 4 minit kejadian tu kita tak sedar atau tak tahu macam mana nak lakukan rawatan kecemasan, akhirnya otak si kecil tu akan keputusan bekalan oksigen lalu berakhir dengan brain death.

Sebab tu ada kes yang kita dengar, bayi ditemui dah dalam keadaan biru dan keras kaku.

Tolong pesan selalu pada pasangan dan pengasuh yang jaga anak kita tu. Jangan sekali-kali tinggalkan bayi menyusu bersendirian. Masa dah siap menyusu tu pulak, pastikan sendawakan dulu baby tu sebelum nak sibuk buat benda lain.

Saya memang tak mampu nak bayangkan kesedihan sekiranya benda tak elok ni berlaku pada keluarga kita sendiri.

Tu la kenapa semua mak ayah kena belajar ilmu parenting dan ilmu kesihatan anak kecil ni. Benda benda yang kita rasa remeh selama ni mungkin boleh akibatkan kematian anak yang kita amat kasihi.

Dr Ahmad Luqman Bukhari.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari