Siakap Keli
Gambar: Bernama

TERKINI: 1,096 Kes Baharu COVID-19, 3 Lagi Kes Kematian Dan 3 Kluster Baharu Dilaporkan Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,096 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,096 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 54,775 kes secara keseluruhan.

Daripada 1,096 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,090 merupakan kes tempatan manakala 6 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 12,843 kes. Kesemua mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Dalam pada itu, kes sembuh terus mencatatkan dua kali berturut-turut peningkatan berbanding kes baharu apabila merekodkan sebanyak 1,104 kes.

Dengan itu, jumlah kes sembuh yang dicatatkan meningkat kepada 41,597 kes secara keseluruhannya.

Kes yang dirawat di ICU pula adalah sebanyak 106 kes dan daripada itu, 46 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 3 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini.  Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 335 kes atau bersamaan dengan 0.6% secara keseluruhannya.

Tiga kluster baharu juga turut dilaporkan pada hari ini melibatkan Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah.

  • KLUSTER PENGKALAN BARAT

Kluster ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang serta daerah Kerian, Kuala Kangsar dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-42002) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 10 November 2020. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 251 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BAKTI

Kluster  ini melibatkan sebuah penjara dalam daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-54624) merupakan seorang banduan yang dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020 melalui saringan kemasukan tahanan ke penjara. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BAYAM INDAH

Kluster ini melibatkan  daerah Kulim dan Kuala Muda di negeri Kedah. Kes indeks (iaitu kes ke-53580) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 22 November 2020, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.