Siakap Keli
Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya

Tak Sanggup Tengok Mayat Anak Sendiri, Wanita Warga Asing ‘Terpaksa’ Buang Mayat Bayinya Depan Masjid Ditahan Polis

PETALING JAYA, 23 Nov – Seorang wanita warga asing ‘tergamak’ membuang bayinya sendiri di hadapan sebuah masjid di Sg. Way malam semalam.

Lebih mengejutkan lagi, mayat bayi malang tersebut dibungkus dengan plastik dan turut ditinggalkan bersama sekeping nota.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Masharman Ku Mahmood berkata, mayat bayi tersebut pada awalnya ditemui imam masjid berkenaan.

“Siasatan awal mendapati, pengadu menjumpai mayat bayi perempuan tersebut di dalam bungkusan plastik beserta sehelai kertas tertulis nota meminta bantuan pihak masjid menguruskan mayat bayinya yang dianggarkan berusia lebih kurang empat bulan.

“Berdasarkan maklumat dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di ruangan hadapan masjid, dua suspek berjaya dikesan dan ditahan di sebuah bilik hotel di Jalan SS3/39 di sini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek merupakan seorang wanita warga asing berumur 26 tahun dan seorang lelaki warga tempatan berumur 25 tahun.

Kedua-dua suspek difahamkan telah mengaku meninggalkan mayat bayi perempuan mereka di hadapan masjid tersebut.

Justeru, mereka ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya
Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya
Gambar: Polis Daerah Petaling Jaya

 

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

Jom tengok video ini di Youtube Siakap Keli dan jangan lupa subscribe.

 

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'