Siakap Keli
Sumber : Google

‘Business Online’ Lebih Menguntungkan, Ini 7 Tips Kepada Mereka Yang Nak Mula Berniaga

Anda minat berniaga secara online? Tapi tak tahu nak mula dari mana? Adakah anda mahu perniagaaan secara online maju dan lebih berjaya? 7 tips yang akan kami kongsikan kepada anda bagi yang berminat dan baru mulakan perniagaan secara online.

Sebelum memulakan satu pernigaan, pasangkan niat yang betul. Ikhlas, sabar dan kuat menghadapi sebarang rintangan yang bakal kita hadapi. Anda perlu tahu, setiap perniagaan yang dilakukan memerlukan kesabaran dan kecekalan hati yang tinggi kerana anda bersaing dengan banyak peniaga-peniaga online di luar sana. Oleh itu, beberapa tips di bawah akan mengajar anda dan memberikan keyakinan untuk berniaga secara online.

(1) Sentiasa mencari dan mendalami ilmu

Bagi mereka yang mengimpikan perniagaan yang maju dan sales yang meningkat setiap bulan, perkara utama yang anda perlu pelajari adalah ilmu berkaitan dengan perniagaan anda. Kejayaan dalam setiap pernigaan tidak akan datang dengan sendiri malah perlu dicari dan difahami. Anda boleh rujuk kepada rakan-rakan yang mempunyai perniagaan secara online yang maju, atau anda boleh membuat reseach di internet berkaitan dengan produk anda. Buang sifat sombong atau malu dalam perniagaan kerana ia tidak mendatangkan sebarang hasil malah merugikan perniagaan anda sendiri.

(2) Mempunyai jiwa dan hati yang kuat

Pada peringkat awal perniagaan pasti ada orang di sekeliling akan mengkritik, menjatuhkan dan mempersoalkan produk yang anda jual. Perkara tersebut akan membuatkan anda rasa kecewa, putus asa, sedih dan pelbagai perasaan yang timbul. Jadi, apakah yang anda harus lakukan? Anda tidak perlu membalas atau rasa kecewa malah anda perlu diam dan senyum. Teruskan perniagaan anda kerana mereka tidak membantu mengembangkan perniagaan anda. Silap hari bulan mereka memerlukan anda untuk memberi tunjuk ajar dalam perniagaan secara online. Oleh itu, jiwa dan hati kena kuat, telinga kena kebal dan paling penting jangan mudah mengalah.

Sumber : Google

(3) Rajin ‘explore’ media sosial

Seperti yang anda tahu, zaman sekarang ramai yang berniaga secara online menggunakan pelbagai platform media sosial. Antaranya aplikasi WhatApps, Instagram, Twitter, Tiktok dan banyak lagi. Anda perlu rajin explore dan melihat strategi atau marketing yang digunakan oleh peniaga lain dalam memajukan perniagaan online mereka dalam aplikasi tersebut. Anda boleh mendapatkan sedikit idea berkenaan dengan produk yang ingin anda pasarkan, boleh juga melihat editing video, content yang menarik dalam melariskan produk mereka sehingga mendapatkan untung yang banyak.

(4) Pilih produk dan test market

Bagi mereka yang berminat berniaga secara online, anda perlu tahu produk apa yang anda ingin jual dan harus mempunyai keunikan dan sukar untuk didapati di mana-mana kedai. Sebelum anda menjual, pastikan anda membuat ujian terlebih dahulu kepada produk tersebut, kemudian sebarkan ke akaun media sosial anda. Jika didapati mendapat respon yang banyak, anda boleh merancang dan mengeluarkan modal produk tersebut untuk dijual secara online.

(5) Sentiasa bangkit dan ‘motivate diri’

Membuat pernigaaan secara online kadang kala mendatang mood malas disebabkan anda bekerja di rumah tambah pula anda tidak perlu hadir ke pejabat atau anda hanya serah sahaja kerja kepada staff yang lain. Untuk berjaya, jangan sesekali anda melakukan hal sedemikian. Tanamkan azam dan tekad dalam diri “kerja untuk membalas jasa mak ayah”, “cari duit lebih untuk tampung keluarga”, “hasil yang diperoleh boleh berkongsi bersama”. Anda perlu bantu diri sendiri untuk bangkit dan jangan hanya mengharapkan kejayaan datang dengan sendiri. Apabila anda mempunyai perasaan seperti itu, anda perlu lawan dan bangkit kerana anda boleh berjaya jika anda berusaha.

Sumber : Google

(6) Mempunyai perancangan yang bijak

Bagi mereka yang baru mulakan perniagaan secara online, anda perlu bijak merancang strategi keuntungan produk anda sama ada setiap hari, setiap bulan atau setiap tahun. Apakah rancangan itu?

  • Rancang content produk anda ke sosial media seperti Facebook, WhatApps, Twitter, Tiktok
  • Sediakan ayat yang menarik untuk manaikkan sale produk
  • Gunakan servis penghantaran parcel yang murah dan berpatutan
  • Pastikan catat duit keluar masuk dalam penjualan produk

(7) Buang sifat malu

Perkara paling penting sebenarnya dalam perniagaan adalah buang sifat malu. Hal ini kerana sifat malu dalam diri membuatkan orang disekeliling anda teragak-agak untuk membeli produk yang anda jual. Rajinkan diri untuk sentiasa update di sosial media, ambil masa untuk membuat live supaya memberi keyakinan yang tinggi kepada pembeli untuk percaya kepada produk anda. Jika anda buang sifat malu dan yakin dengan apa yang anda lakukan, pasti keuntungan yang banyak akan berpihak kepada anda.

Sumber : Meeracle

"