Siakap Keli
Gambar via Google

Dubai Lancar Sabun Paling Mahal Di Dunia, Ada Serbuk Emas & Berlian, Harga Lebih RM 11k

Sebuah syarikat pembuat sabun memberi kejutan di mana menjual salah satu sabun termahal di dunia yang bernilai $2800 (RM11451).

Bahkan, syarikat berkenan juga menghasilkan pelbagai jenis sabun mewah dan produk penjagaan kulit yang mengandungi minyak pati serta wangian semula jadi.

Sabun tersebut dijual di beberapa kedai paling eksklusif di Dubai dan UAE tetapi produk yang paling mahal hanya akan ditawarkan kepada pelanggan tertentu sahaja.

Gambar via Kompas.com

Buat pertama kali sabun termahal dihasilkan sekitar tahun 2013 sebagai hadiah kepada Wanita Pertama Qatar, Moza Naser. Walaupun sekali pandang kelihatan seperti kepingan keju yang mahal tetapi ia mengandungi serbuk emas dan berlian.

Melalui video, Ketua Pegawai Eksekutif, Amir Hasen telah menawarkan sabun paling mahal di dunia kepada artis tersohor Bahrain Shaila Sabt. Anda dapat lihat, sabun tersebut bukan sahaja dihiasi nama penerima malah dilapisi serbuk berlian dan emas 24 karat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Beirutcom.net (@beirutcomwebsite)

“Sabun termahal bukan kerana hanya mengandungi serbuk emas dan berlian malah memberi kesan pada psikologi dan rohani pengguna,” kata Amir Hasen.

Sumber: Merah Putih

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia