Siakap Keli
Kredit: Daily Mail

(Gambar) Singa Putih Jalan Dengan Bangga, Tayang ‘Gaya Rambut Menawan’ Tarik Perhatian ‘Photographer’

Seekor singa jantan di sebuah pusat perlindungan menjadi tarikan berikutan surainya yang berwarna putih.

Menurut Daily Mail, karnivor berusia enam tahun bernama Moya itu boleh dilihat di Pusat Perlindungan Singa Glen Gariff, Afrika Selatan.

Bulunya yang unik dan jarang ditemui telah menarik perhatian seorang fotografer British, Simon Needham yang terpana melihat rupa haiwan itu.

“Saya suka haiwan, tetapi bulu Moya yang memukau membuatkan saya terpana ketika pertama kali melihatnya,” ujar Simon.

Tambahnya, beliau berharap gambar yang diambil dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pusat pemuliharaan dan nasib singa di dunia liar.

Gambar: Simon Needham/Daily Mail
Gambar: Simon Needham/Daily Mail
Gambar: Simon Needham/Daily Mail
Gambar: Simon Needham/Daily Mail

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.