Siakap Keli
Gambar : Viral Mag Team

Kisah Mitos Medusa Seorang Gadis Cantik Yang Disumpah Berambut Ular

Pada zaman mitologi Yunani, seorang perempuan bernama Medusa ditugaskan menjaga kuil Dewi Athena. Dijadikan cerita, medusa sering berjalan-jalan dan duduk di pantai untuk mengambil angin yang tidak jauh dari kuil. Pada zaman itu, kekuasaan wilayah lautan telah dikuasai oleh Poseidon yang merupakan Dewa Laut. Poseidon memerhatikan gerak-geri Medusa dan terpegun dengan kecantikan Medusa.

Poseidon cuba untuk mendekati Medusa lalu tanpa disedari  beliau telah memperkosa Medusa di kuil Dewi Anthena. Medusa tidak dapat melakukan sebarang tindakan kerana terlalu lemah dan perkara tersebut telah diketahui oleh Dewi Anthena.

Siapa Medusa?

Mengikut penulisan Theogony, Medusa merupakan anak kepada Keto dan Phorkys iaitu dewa kepada laut purba.Medusa mempunyai tiga adik-beradik dan beliau dipercayai sebagai makhluk fana atau makhluk yang tidak kekal. Namun, adik beradiknya dipercayai sebagi makhluk yang kekal abadi. Ketiga-tiga beradik tersebut dikenali sebagai Gorgons.

Kisah Medusa ini mempunyai jalan cerita yang sama dengan filem Clash of Titans yang pernah ditayangkan pada tahun 1981 dan 2010.

Namun, apakah kisah benar yang begitu tragis menimpa Medusa?

Mengikut penulisan dari laman Ancient Origin, Hesiod banyak memberikan maklumat dan catatan berkaitan dengan kisah kematian Medusa yang jatuh ke tangan Posiedon. Namun, Hesiod tidak menceritakan dengan lebih mendalam tentangnya. Sebaliknya kisah yang lebih jelas dan mendalam berkaitan dengan kematian Poseidon dan Medusa diketahui dan ditemukan di Metamorphoses milik Ovid.

Sumber : Google

Medusa Disumpah oleh Dewi Anthena

Dewi Anthena menghukum dan menyumpah Medusa atas alasan Medusa menggoda Poseidon sedangkan, pada hakikatnya Poseidon yang cuba memperkosanya kerana terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh Medusa. Dewi Athena begitu marah dan menyumpah Medusa dengan rambutnya kelihatan seperti ular. Seluruh kepalanya telah berubah dan kejelitaan dan kecatikan yang dimiliki telah hilang selepas terkena sumpahan Dewi Anthena.

Dewi Anthena juga memberi amaran kepada sesiapa yang mendekati Medusa, maka mereka akan bertukar menjadi batu. Anthena tidak mahu seorang lelaki pun mendekati Medusa dan membuatkan ramai yang takut untuk bertemu dengan Medusa.

Perseus dan Medusa

Persues anak kepada Zeus dan bondanya Puteri Danae. Persues telah membuat satu cadangan untuk mendapatkan kepala Medusa yang mempunyai banyak ular di sekeliling kepalanya. Dipercayai ular yang banyak di atas kepada Medusa mempunyai kekuatannya tersendiri dan disebabkan itu Perseus merancang untuk mendapatkan kepala tersebut.

Persues berusaha bergegas ke rumah Gorgon iaitu adik beradik Medusa dan cuba untuk mengendap dan mengintai mereka sedang tidur. Pesues  berjaya mencerminkan pandangan muka Medusa melalui alatan yang diberikan Dewi Anthena iaitu sebuah perisai gangsa yang boleh memantulkan cahaya. Lalu, Persues terus membawa Medusa lari ke tempat kediamannya dan meneruskan niat untuk mengambil kepala Medusa.

Sumber : Google

Medusa Melahirkan Dua Anak

Niat Persues untuk mendapatkan kepala Medusa sudah  berjaya apabila beliau telah memenggal kepala Medusa menggunakan pedangnya. Namun demikian, perkara aneh telah berlaku kerana Medusa melahirkan anak yang keluar dari lehernya setelah dipenggal oleh Persues iaitu Pegasus, kuda bersayap. Menurut karya Theogony, Medusa juga melahirkan gergasi emas bernama Chrysaor yang terlahir dengan memegang pegang emas di tangannya.

Kekuatan Kepala Medusa

Persues yang memenggal kepala Medusa tidak bermakna Medusa kehilangan kuasa atau lemah. Sumpahan Anthena terhadap Medusa masih lagi kekal iaitu siapa yang berani melihatn atau menenungnya akan menjadi batu. Darah yang mengalir dari badan Medusa juga boleh bertukar menjadi ular. Maka, untuk mengelakkan dari menjadi batu, Persues bentindak memasukkan Medusa ke dalam peti bernama kybisis.

Sumber : Ancient Origin

Medusa Dijadikan Sebagai Pelindungan

Perseus banyak melakukan peperangan dengan menggunakan kepala Medusa sebagai senjata. Oleh itu, sehingga ke hari ini banyak gambar-gambar yang diguna dan diletakkan kepala Medusa. Nama Medusa itu mempunyai makna yang dijelaskan oleh Bahasa Yunani Kuno iaitu menjaga dan melindungi.

Cerita mitos klasik lama masih wujud sehingga ke hari ini. Buktinya dengan penggunaan simbol firma yang digunakan dalam fesyen dan juga Versace dalam logo syarikatnya. Maka, cerita-cerita klasik terdahulu sebenarnya boleh memberi inspriasi kepada kita untuk membuat penulisan, filem atau sesuatu karya yang lebih kreatif dalam dunia moden.

Rujukan

(1) Ancient Origin (2019) The Real Story of Medusa: Protective Powers from a Snake-Haired Gorgon. Sumber dipetik daripada https://www.ancient-origins.net/myths-legends-europe/legend-medusa-and-gorgons-002773

(2) Ancient Origin (2018) Hesiod’s Concerns About Economics and Polis During the Greek Dark Age. Sumber dipetik daripada https://www.ancient-origins.net/history/hesiod-economics-0010939

(3)  Ancient Origin (2016) Medusa and the Gorgons: The Origins of the Legendary Tale. Sumber dipetik daripada https://www.ancient-origins.net/history/medusa-and-gorgons-origins-legendary-tale-006092

(4) Kusnadi (2020) Kisah Medusa yang Diperlakukan Tidak Adil. Sumber dipetik daripada https://www.rancah.com/berita-opini/29798/kisah-medusa-yang-diperlakukan-tidak-adil/

(5) Moustapha Abbas (2020) Medusa: Kisah Perempuan Berambut Ular, Sekali Tenung Mata Jadi Batu. Sumber dipetik daripada https://www.thepatriots.asia/medusa-kisah-wanita-berambut-ular-sekali-tenung-mata-jadi-batu/

(6) Viral Mag Team (2016) The True Story Of Medusa (Gorgo) In Greek Mythology. Sumber dipetik daripada https://www.viralmag.co.uk/2020/05/the-true-story-of-medusa-gorgo-in-greek.html

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.