Siakap Keli
Gambar Via Bernama

TERKINI COVID-19: Dukacita Dimaklumkan, Tiga Lagi Kes Kematian Dicatatkan Hari Ini

Sebanyak tiga pertambahan kes kematian yang dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 348 bersamaan 0.6%.

Menerusi Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan, kesemua tiga kes tersebut dilaporkan berlaku di Sabah.

Berikut merupakan perincian bagi kes-kes kematian terbabit.

Kes kematian 346 iaitu kes nombor 33, 905 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 70 tahun. Beliau meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent.

Kes kematian ke 347 iaitu kes nombor 50, 960 pula melibatkan seorang lelaki Warganegara berusia 59 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan asma. Beliau meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Kes kematian 448 iaitu kes nombor 59, 134 melibatkan seorang perempuan Warganegara berusia 77 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

Sumber: KP Kesihatan

Sofea

There's always another side to every story