Siakap Keli

Kuantiti Terhad 6,500 Unit Sahaja Di Seluruh Dunia, Jam Seiko 5 Sports Naruto & Boruto Kini Masuk Pasaran Malaysia

Berita baik untuk semua peminat anime, Seiko baru-baru ini mengumumkan akan melancarkan jam tangan edisi terhad Model Sports 5 Naruto & Boruto. Lebih menarik, jam tangan edisi terhad ini telah dibawa masuk ke Malaysia.

Buat pra-tempahan dengan segera, dapatkan Poskad edisi terhad Naruto & Boruto

Macam kami cakap tadi, memandangkan jam tangan ini edisi khas dan terhad 6,500 unit sahaja di dunia bagi setiap edisi, setiap pembeli kini boleh membuat tempahan awal dengan City Chain Malaysia di City Chain Official Online Store atau City Chain Store yang berdekatan, bermula 27 November.

Setiap pembeli yang membuat tempahan awal akan mendapat poskad Naruto & Boruto yang mana poskad ini juga adalah edisi terhad.

Sekali lagi kami nak bagi tahu awal-awal, jam tangan ini adalah edisi terhad, jangan bertangguh okay. Buat pra-tempahan sekarang!

Singgah di Seiko Roadshow, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti

Lagi satu, jangan lupa nanti untuk singgah di Seiko Roadshow yang diadakan di Sunway Pyramid, LG2, Orange Concourse bermula 9 hingga 13 Disember. Disini, jam tangan edisi terhad Naruto & Boruto ini dipamerkan dan pembeli berpeluang untuk melihat sendiri koleksi penuh jam edisi terhad ini.

Ada banyak lagi aktiviti menarik yang boleh anda sertai di Seiko Roadshow dan yang paling best, setiap aktiviti menawarkan hadiah-hadiah menarik untuk pemenang. Nak pesan jugak, jangan lupa sertai cabaran Naruto Run dekat roadshow tu nanti okay.

Seiko 5 Sports Naruto & Boruto

Bila sebut tentang Naruto, memang diakui terdapat ramai peminat siri anime berkisahkan dunia ninja ini di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Sebahagian daripada kita, mungkin sejak dari bangku sekolah, membesar dengan pengembaraan Naruto untuk menjadi Hokage. Bermula dari siri Naruto hingga tamat episod 500 dalam siri Naruto Shippuden, kemudian bersambung dengan siri generasi baru pewaris dunia ninja yang ditunjangi anak Naruto sendiri, iaitu Boruto: Naruto Next Generation.

Bila dah minat, anda tentu pernah mengumpul koleksi-koleksi Naruto yang dijual dipasaran seperti t-shirt edisi khas, action figure dan macam-macam lagi kan?

Jadi, jam tangan edisi terhad Seiko 5 Sports Naruto & Boruto ini adalah untuk meraikan peminat tegar Naruto di seluruh dunia.

Inspirasi daripada 7 watak kegemaran ramai

Apa yang menariknya mengenai jam tangan edisi khas Naruto x Boruto ini adalah sebanyak 7 watak kegemaran ramai telah dipilih sebagai tema iaitu 5 watak daripada siri Naruto dan 2 daripada siri Boruto: Naruto Next Genaration.

Edisi khas Naruto diinspirasikan daripada watak utama iaitu Naruto, Sasuke, Shikamaru, Rock Lee dan Gaara, manakala siri Boruto menampilkan Boruto dan Sarada, anak kepada Sasuke.

Terhad dan eksklusif

Ya, disebabkan jumlahnya yang sangat terhad, jam tangan ini sangatlah eksklusif dan setiap pembelinya adalah individu yang bertuah.

Seperti yang anda lihat, jam tangan bertemakan watak utama, Uzumaki Naruto ini mempunyai rekaan yang dipadankan dengan baju ikonik berwarna oren milik Naruto sendiri.

Bukan itu je, paparan utama jika diperhatikan mempunyai corak yang sama dengan salah satu jutsu terpenting milik Naruto iaitu Rasengan.

Selain itu, bagi paparan nombor ataupun indeks, anda pasti perasan index yang mewakili pukul 1 hingga index pukul 9 diwarnakan dengan warna oren, manakala selebihnya berwarna putih.

Kalau anda nak tahu, ia membawa maksud Bijuu Ekor 9 ataupun Kurama yang mana Naruto adalah Jinchurikinya.

Satu lagi, pada index pukul 12, bentuknya adalah sedikit besar dan rekaan ini diilhamkan daripada loket yang dihadiahkan oleh Lady Tsunade, Hokage Kelima kepada Naruto sebelum ini.

Manakala rekaan pada bahagian sisi bezel mengetengahkan semangat dan tekad Naruto yang sentiasa berusaha gigih dalam latihan untuk menjadi seorang Hokage. Rekaan pada cincin bezel pula menerapkan elemen pelindung dahi dengan simbol Kampung Konoha (daun) ataupun Konohagakure yang menjadi idaman setiap ninja.

Di bahagian belakang jam pula, terdapat cetakan simbol puak Uzumaki berwarna merah.

Model: NARUTO UZUMAKI Model [SRPF70K1]
Semak harga dan tawaran diskaun disini: https://www.citychain.com.my/seiko-naruto-limited-edition

Tempah sekarang dan tebus poskad percuma edisi terhad Naruto & Boruto.

Tema seterusnya adalah edisi Uchiha Sasuke, iaitu sahabat dan juga lawan abadi Naruto sendiri.

Untuk paparan hadapan, rekaan yang diilhamkan daripada jutsu maut milik Sasuke iaitu Chidori menjadi pilihan Seiko.

Pada index pukul satu, tiga dan lapan pula diterapkan dengan elemen hand-sign yang dilakukan oleh Sasuke sebelum menghasilkan Chidori.

Selain itu, pada bahagian atas bezel yang meletakkan simbol Kampung Konoha, terdapat satu garisan yang membawa maksud Rogue Ninja, iaitu watak yang dibawakan oleh Sasuke dalam sebahagian besar siri Naruto.

Manakala rekaan pada bahagian sisi bezel jam ini pula diukir dengan simbol Tomoe Sharingan yang menjadi identiti khusus puak Uchiha.

Seterusnya, rekaan pada bahagian belakang jam pula terdapat cetakan simbol puak Uchiha berwarna merah.

Model: SASUKE UCHIHA Model [SRPF69K1]
Semak harga dan tawaran diskaun disini: https://www.citychain.com.my/seiko-naruto-limited-edition

Tempah sekarang dan tebus poskad percuma edisi terhad Naruto & Boruto.

Tema ketiga pula mengetengahkan watak Nara Shikamaru, iaitu salah seorang sahabat baik Naruto, merangkap orang kanan Naruto apabila Naruto menjawat jawatan Hokage dalam siri Baruto: Naruto Next Generation.

Jutsu utama milik Shikamaru iaitu ‘ Shadow Possession Jutsu’ atau ‘Kagemane No Jutsu’ diterapkan pada jarum penunjuk jam dan minit.

Selain pemilihan tema hitam dan hijau pula menggambarkan warna sut yang sering dipakainya. Manakala rekaan indexs pula diilhamkan daripada permainan Shogi yang diminati oleh Shikamaru.

Rekaan pada bezel pula mirip jaring pada pakaian bahagian dalam yang sering dikenakan oleh Shikamaru selain simbol anting-anting pula ditempatkan pada bahagian atas bezel.

Sama seperti rekaan bahagian belakang edisi Naruto dan Sasuke, rekaan edisi Shikamaru turut menampilkan simbol puak Nara.

Model: SHIKAMARU NARA Model [SRPF75K1]
Semak harga dan tawaran diskaun disini: https://www.citychain.com.my/seiko-naruto-limited-edition

Tempah sekarang dan tebus poskad free edisi terhad Naruto & Boruto.

Edisi seterusnya pula bertemakan salah satu watak dan antara pengamal taijutsu terkuat dalam siri Naruto, iaitu Rock Lee.

Rekaan keseluruhan edisi ini diinspirasikan daripada Jumpsuit berwarna hijau dan oren yang sering dipakainya.

Pada bahagian bezel, terdapat dua corak yang mana menurut Seiko pada corak putih, ia membawa maksud kain balutan pada tangan Rock Lee manakala corak hijau pula bertemakan teknik yang dimiliki oleh Rock Lee iaitu ‘The Eight Inner Gate’, dimana dalam siri Naruto, Rock Lee berjaya membuka sehingga ‘Fifth Gate’ yang memberikannya kekuatan ‘Hidden Lotus’.

Dibahagian belakang pula, terdapat tulisan kanji yang bermaksud ‘Guts’ yang mana perkataan ini menjadi jalan ninja Rock Lee dalam perjalannya menjadi salah seorang shinobi terkuat.

Model: ROCK LEE Model [SRPF73K1]
Semak harga dan tawaran diskaun disini: https://www.citychain.com.my/seiko-naruto-limited-edition

Tempah sekarang dan tebus poskad percuma edisi terhad Naruto & Boruto.

Edisi kelima bertemakan watak Gaara iaitu satu-satunya edisi yang wataknya bukan berasal dari Kampung Konoha. Gaara berasal dari Kampung Suna (pasir) ataupun Sunagakure.

Ciri-ciri yang ada pada Gaara termasuk dirinya yang merupakan Jinchuriki kepada Bijuu Ekor Satu yang dikenali sebagai Shukaku menjadi sandaran kepada rekaan jam ini.

Mengambil inspirasi daripada nama Kampung Suna, rekaan pada bahagian depan edisi ini menerapkan elemen-elemen pasir, seperti warna dan sebagainya.

Pada bahagian indexs pula, jika diperhatikan, anda akan mendapati satu perkataan kanji menggantikan posisi pukul 1 yang membawa maksud ‘Love’, sama seperti perkataan kanji yang ada pada bahagian tepi dahi Gaara.

Selain itu, rekaan pada bahagian belakang pula terdapat cetakan simbol yang ada pada Gourd, alat menyimpan pasir perisai yang selalu dibawa Gaara.

Model: GAARA Model [SRPF71K1]
Semak harga dan tawaran diskaun disini: https://www.citychain.com.my/seiko-naruto-limited-edition

Tempah sekarang dan tebus poskad percuma edisi terhad Naruto & Boruto.

Edisi seterusnya adalah siri Uzumaki Boruto. Rekaan jam edisi Boruto mirip dengan rekaan edisi Naruto, dan menurut Seiko, ia melambangkan hubungan di antara Boruto sebagai anak dan Naruto sebagai ayah.

Perbezaan yang nampak menyerlah adalah pemilihan warna terutamanya pada bahagian tali jam yang menerapkan elemen warna yang ada pada baju yang sering digayakan oleh Boruto.

Rekaan paparan depan jam turut menerapkan elemen Rasengan, jutsu yang turut dikuasai oleh Boruto selain penggunaan simbol bolt pada index pukul 12.

Nak tahu kenapa simbol bolt diguna pakai? Kalau ada pengikut setia anime Boruto: Naruto Next Generation, anda mungkin perasaan huruf ‘O’ pertama dalam nama Boruto digantikan dengan simbol bolt.

Pada bahagian atas bezel pula, terukir simbol Kampung Konoha, sama seperti rekaan bezel pada edisi Naruto.

Sama juga rekaan pada bahagian belakang, edisi Boruto turut terdapat cetakan simbol puak Uzumaki berwarna merah.

Model: BORUTO UZUMAKI Model [SRPF65K1]
Semak harga dan tawaran diskaun disini: https://www.citychain.com.my/seiko-naruto-limited-edition

Tempah sekarang dan tebus poskad percuma edisi terhad Naruto & Boruto.

Diinspirasikan daripada watak Uchiha Sarada, iaitu anak kepada Uchiha Sasuke, jam ini menampilkan elemen warna merah, yang dikaitkan dengan semangat berkobar-kobar Sarada untuk menjadi seorang Holage.

Rekaan pada paparan depan juga menggunakan warna merah, menjadi lambang kepada Jutsu Bola Api milik Sarada yang diwarisi daripada Sasuke.

Selain itu, rekaan dwi-tona pada bahagian bezel membawa maksud dua identiti ninja yang diwarisi Sarada. Warna merah pada bahagian atas adalah identiti ninja yang diwarisi daripada Sasuke manakala warna kelabu pada bahagian bawah adalah identiti ninja yang diwarisi daripada ibunya, Haruno Sakura.

Seterusnya, anda akan mendapati rekaan Tomoe yang menggantikan index pukul 4 dimana yang melambangkan perjalanan Sarada untuk menyempurnakan Sharingan yang menjadi kebanggaan puaknya.

Pada bahagian belakang, sama seperti edisi Sasuke, terdapat cetakan simbol puak Uchiha.

Model: SARADA UCHIHA Model [SRPF67K1]
Semak harga dan tawaran diskaun disini: https://www.citychain.com.my/seiko-naruto-limited-edition

Tempah sekarang dan tebus poskad percuma edisi terhad Naruto & Boruto.

Setiap edisi, ada nombor siri tersendiri

Bagi menjamin jam tangan yang dibeli adalah original dan edisi terhad, pada bahagian case belakang, terdapat nombor siri bermula dari 0001/6500 hingga 6500/6500 bagi setiap edisi.

Dengan nombor siri ini, setiap pembeli boleh mengetahui nombor bilangan unit yang ke berapa jam tangan edisi terhad yang dibelinya.

Turut didatangkan dengan kotak jam edisi khas

Paling menarik, setiap jam tangan edisi khas ini turut didatangkan dengan kotak simpanan yang diilhamkan daripada rekaan skroll ‘Earth and Heaven’ iaitu skroll ikonik yang ditampilkan semasa peperiksaan Chunin.

Peperiksaan Chunin sangat penting dalam siri Naruto dan siri Boruto dimana ia merupakan ujian skala besar untuk menguji kredibiliti seseorang ninja.

‘Barang panas’ bernilai tinggi

Kami dapat merasakan, jam tangan ini bakal menjadi ‘barang panas’ dan disebabkan jumlahnya yang sangat sedikit, ia mungkin menjadi koleksi yang bernilai tinggi untuk dikumpul oleh peminat-peminat anime Naruto dan Boruto.

Jangan terlambat, untuk membuat tempahan anda boleh klik disini atau anda juga boleh mengunjungi mana-mana stor City Chain yang berdekatan. Jika membuat pembelian secara online, penghantaran adalah percuma.

Jangan lupa sertai Seiko Roadshow@Sunway Pyramid

Jangan lupa, Seiko roadshow pada 9 hingga 13 Disember ini di Sunway Pyramid, LG2, Orange Concourse. Jangan lupa singgah tau, kat sana ada pelbagai acara menarik khusus untuk peminat-peminat Naruto & Boruto. Ada hadiah menarik menanti anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web, Facebook dan Instagram City Chain.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.