Siakap Keli

TERKINI: 1,315 Kes Positif, 1,110 Kes Sembuh Serta 4 Kes Kematian Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Setakat hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sejumlah 1,315 kes baharu dijangkiti Covid-19 di Malaysia. Ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan kes Covdi-19 meningkat kepada 63,176 kes.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Seri Dr Noor Hisham menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

KKM juga telah melaporkan sejumlah 1,110 kes telah sembuh dan sibenarkan keluar wad. Ini menjadiakan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 51,314.

Daripada jumlah kumulatif kes positif, sebanyak 11,508 merupakan kes aktif. Bagaimanapun, terdapat 118 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 43 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumakan bahawa terdapat empat kes kematian dilaporkan hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 350 kes.

Sumber: Dr Noor Hisham

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang