Siakap Keli

Kecil Tapi ‘Membunuh’, Gigitan Piranha Lebih Hebat Dari T-Rex

Sebut sahaja nama ikan piranha, pasti semua membayangkan giginya yang tajam dan menakutkan itu, bukan? Terdapat sesetengah pencinta eksotik ikan ini meletakkan ikan piranha di akuarium rumah sebagai perhiasan dan sebagai hobi untuk membela ikan yang agresif ini. Menurut pakar-pakar perikanan, ikan piranha merupakan ikan pembangkai dan sumber makanan mereka adalah rumpai air, buah hutan yang jatuh ke air, biji benih, bangkai haiwan yang masuk ke dalam air dan juga ikan-ikan kecil. Ini menunjukkan ikan piranha memilih makanan mengikut kesesuaian dan saiz badan mereka sama ada saiz yang kecil atau besar.

Sumber : Google

Ciri Ikan Piranha

Ikan piranha mempunyai Panjang 15 cm sehingga 30 cm. Piranha terbesar pernah dijumpai oleh pemburu pernah mencapai sehingga 60 cm. Berat maksima ikan ini boleh mencecah 3.9 kg paling maksimum.  Saiz badannya kelihatan besar, padat, rata dan muncung nya agak tumpul. Ikan piranha yang masih muda berwarna biru dengan bintik hitam dan sirip merah manakala ikan piranha yang dewasa pula berwarna kelabu atau perak, mempunyai titik-titik emas pada sisi ikan tersebut.

Piranha dikenali di seluruh dunia dengan giginya yang tajam dan gigitannya boleh berterusan tanpa henti. Ia mempunyai rahang yang kuat dan digelar ‘juara menggigit’ dalam dunia ikan. Gigitan ikan yu hanya ¼  berbanding dengan ikan piranha. Ini bermakna gigitan ikan piranha sangat kuat sehingga tiada ikan lain yang boleh tandingi.

Ikan piranha hitam ternyata mempunyai kekuatan gigitan yang paling besar diantara piranha yang lain.  Dianggarkan gigitan piranha hitam sekitar 320 newton. Banyak spesies piranha yang lain sudah pupus akibat daripada gigitan yang paling besar iaitu mega piranha. Gigitan daripada mega piranha dianggarkan sekitar 4749 newton.

Sumber : Google

Gigi Piranha

Piranha dikatakan mempunyai dua baris gigi. Ramai meragui makanan yang dimakan oleh ikan ini namun ia sangat cenderung dengan daging dan mudah mencari mangsa. Ia mempunyai susunan gigi yang tersusun dalam satu baris yang melapisi rahang.

Gigi dan enamel ikan ini mempunyai perbezaan dengan ikan yu. Sebahagian piranha mempunyai sebanyak 20 batang gigi.

Dalam Bahasa Tupi, Brazil, Piranha bermaksud ‘gigi ikan’.

Piranha kadang kala boleh kehilangan gigi sepanjang hidupannya dan giginya boleh tumbuh secara berempat, tidak seperti jerung yang giginya tumbuh secara satu persatu . Keempat-empat gigi yang hilang mengambil masa 100 hari untuk gigi tumbuh semula.

Bagaiman Piranha Menggigit?

Piranha menyerang mangsa mereka terutama ikan-ikan yang lain pada mata, sirip dan ekornya. Ia mudah menyerang mangsa mereka apabila dalam keadaan tidak bergerak. Jika mangsanya itu lebih besar, piranha bertindak mengepit kemudian menggoyangkan badannya ketika sedang menggigit dengan giginya yang tajam dan terus bergerak dengan pantas.

Kajian mendapati sebanyak 90% piranha menyerang ekor mangsa terlebih dahulu sebelum menggigit secara keseluruhan badan mangsa.

Mereka mempunyai kelajuan yang sangat pantas di air dan menyerang binatang lain pada bila-bila masa. Mereka mempunyai kelajuan yang tertinggi sekitar 15 hingga 25 mph dalam jangka masa yang pendek.

University of Washington di Amerika Serikat sebelum ini menemukan Megapiranha paranensis, kerabat piranha yang telah pupu; merupakan haiwan dengan gigitan paling kuat. Bahkan Tyrannosaurus rex tidak mampu menandingi kekuatan gigitan piranha purba itu.

Piranha Makan Manusia?

Ada yang berpendapat piranha boleh makan manusia dalam keadaan hidup. Ada pula yang mengatakan ia mitos fiksi dan bukan fakta. Kebiasaanya piranha akan makan manusia yang telah meninggal dan tidak makan secara hidup-hidup. Ia tidak akan menyerang dan makan manusia kecuali keadaan mereka yang tidak sedarkan diri, keadaannya yang lemah dalam air atau manusia yang mengancam sarangnya.

Selain itu, sekiranya anda berenang di lautan dan dipenuhi dengan ikan piranha, mereka mungkin akan menjauhi anda kerana menganggap anda sebagai pemangsa. Mereka yang menjadi mangsa gigitan piranha adalah disebabkan mengambil dan mengancam telur ikan tersebut. Piranha boleh menggigit kaki dan jari kaki manusia  kemudian berenang dengan cepat.

Piranha juga boleh menggigit manusia jika keadaan musim yang kering dan mereka lebih cenderung untuk menjadikan manusia sebagai makanannya apabila mereka kelaparan.

Kajian Ikan Piranha

Pada tahun 2012, satu kajian telah dijalankan untuk menguji kekuatan gigi ikan piranha. Mereka mengumpulkan sebanyak 15 ekor piranha hitam dengan ukuran 20-36 cm dengan menggunakan alat pengukur daya bagi mengukur tekanan terhadap gigitan pada ikan ini. Dapat disimpulkan, otot pada rahang piranha menggunakan kekuatan gigitan sebanyak 3 kali lebih daripada beratnya sendiri dan ini menunjukkan spesies pirana hitam lebih kuat berbanding spesies yang lain.

Sumber : PiranhaGuide

Bagi mereka yang tinggal di Amazon, mereka mencari sumber pendapatan rezeki di lautan yang dipenuhi dengan spesies ikan yang berbahaya ini. Mereka amat berhati-hati dengan piranha ini yang diketahui boleh menggigit jala mereka sehingga putus dan tidak boleh digunakan. Justeru, bagi mereka yang mahir berenang, mereka perlu melindungi bahagian-bahagian sensitif mereka kerana bahagian tersebut merupakan sasaran utama piranha.

Sumber : Google

Pakar-pakar menasihatkan mereka yang berenang di lautan amazon tidak boleh mengeluarkan sebarang bunyi. Hal ini kerana piranha mudah tertarik dengan bunyi-bunyi yang kebiasaannya bunyi tersebut dianggap sebagai waktu makan. Mereka juga dilarang menggunakan sebarang lampu atau tidak bercakap semasa berenang untuk mengelakkan piranha menyerang dan menggigit.

Kesimpulannya, ikan piranha bukan lah haiwan yang sangat berbahaya sehingga membuatkan manusia maut. Ia menjadi bahaya apabila tibanya musim kemarau dan tiada sebarang makanan kerana piranha mudah lapar dan cenderung untuk mencari mangsa.

Oleh itu, sebarang pencarian dan pemburuan ikan ini harus dihentikan. Mereka tidak akan menyerang manusia selagi manusia tidak membuat sebarang aktiviti yang mengundang amarah mereka.

Rujukan

(1) Piranha Guide (2019) Do Piranhas Eat Humans? Sumber dipetik daripada https://piranhaguide.com/do-piranhas-eat-humans/

(2) Moustpha Abbas (2020) Betul Ke Piranha Makan Orang. Sumber dipetik daripada https://www.thepatriots.asia/betul-ke-piranha-makan-orang/

(3) Piranha Guide (2019) The Piranha Bite. Sumber dipetik daripada https://piranhaguide.com/the-piranha-bite/

(4) Shirlie Sharpe (2020) Piranhas: How Dangerous Are They? Sumber dipetik daripada https://www.thesprucepets.com/are-piranhas-dangerous-1380967

(5) Thomas Reich (2020)Piranha Fish Species Profile Characteristics, Origin, and Helpful Information for Hobbyists. Sumber dipetik daripada https://www.thesprucepets.com/piranha-serrasalmus-4030012

(6) Virgina Maulita Putri (2019) 12 Fakta tentang Ikan Piranha, Benarkah Bisa Makan Manusia? Sumber dipetik daripada https://travel.detik.com/travel-news/d-4639531/12-fakta-tentang-ikan-piranha-benarkah-bisa-makan-manusia

(7) Idm Times (2019) 11 Fakta Menarik tentang Ikan Piranha yang Bakal Membuka Matamu. Sumber dipetik daripada https://www.idntimes.com/science/discovery/hendria-1/fakta-menarik-piranha-c1c2/6

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.