Siakap Keli
Gambar via Daily Mail

Pengorbanan Ibu, Maut Dihempap Syiling Dalam Kebakaran Rumah Selepas Berhempas-pulas Selamatkan 5 Anaknya

Beberapa saat sebelum kematiannya, wanita itu berjaya menyelamatkan anak-anaknya, berusia di bawah 14 tahun dari kebakaran. Kebakaran bermula pada larut malam ketika keluarga itu sedang tidur di bandar Yakutsk, Rusia timur jauh.

Anggota bomba mengatakan api bermula di dapur dan api cepat merebak rumah kayu yang menghalang jalan keluar. Rumah itu diselutupi api dan dipenuhi asap tebal ketika anak lelaki Gulnara yang berusia 14, terbangun disebabkan kehausan lalu mengejutkan ibunya.

Setelah menyedari mereka terperangkap di dalam rumah yang terbakar, Gulnara bergegas ke tingkap dan memecahkan kaca. Dia menolong anaknya yang lebih tua untuk memanjat ke luar melalui tingkap lalu menghulurkan empat orang adiknya.

Gambar via Daily Mail

Setelah menolong anak-anaknya, dia terbunuh oleh kayu yang jatuh ke atasnya dari siling yang terbakar sebelum dia dapat melarikan diri. Mayatnya dijumpai oleh sepasukan anggota bomba, yang tiba di tempat kejadian setelah jiran membuat laporan.

“Seorang gadis berusia sembilan tahun, dimasukkan ke rawatan intensif disebabkan luka melecur dan keracunan karbon monoksida. Keadaannya stabil,” kata doktor.

Dua lelaki, berumur enam dan satu, dan seorang gadis berusia empat tahun, mengalami luka melecur di muka dan anggota badan mereka.

Gambar via Daily Mail

Pakar mengatakan bahawa kerosakan fungsi dapur boleh menyebabkan kebakaran. Mereka kini mengenal pasti tempat kejadian untuk menentukan punca sebenar kejadian itu. Suami Gulnara Aleksey Kostelnyuk sedang bekerja ketika api marak.

‘Isteri saya menjaga anak-anak kami. Saya tidak tahu bagaimana saya ingin hadapi tanpa dia,” lelaki itu.

Kakak mangsa Anastasia memberitahu, ‘Ibu saya menelefon saya kira-kira jam 4 pagi. Dia memberitahu saya bahawa Gulnara sudah tiada.

Sumber: Daily Mail

Nabila

Memilih untuk menjadikan pena sebagai duri yang memberi manfaat kepada manusia