Siakap Keli
Kredit: Google

Polis Tahan 15 Lelaki Disyaki Terbabit Dalam Sembilan Kes Curi Ekzos Kereta

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Lima belas suspek lelaki termasuk dua warga Bangladesh yang disyaki aktif dalam kegiatan mencuri ekzos kenderaan, ditahan di beberapa lokasi sekitar Rawang, Gombak dan Sentul, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata kegiatan suspek yang berumur antara 27 dan 56 tahun itu didapati mula aktif sejak pertengahan tahun ini, dan mereka dipercayai terlibat dengan sembilan kes berkaitan curi ekzos kereta di Selangor.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek memperoleh keuntungan antara RM500 dan RM2,000 mengikut jenis ekzos curi yang sudah dipotong, dan dijual kepada pemilik premis menjual besi buruk dan kedai menjual ekzos.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini beliau berkata, semua suspek telah direman dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan berkaitan kes curi.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.