Siakap Keli
Gambar Hiasan via Osha

COVID-19: Lelaki 24 Tahun Tanpa Latar Belakang Penyakit Kronik Antara 3 Kes Kematian Hari Ini

Putrajaya, 1 Disember – Pemuda berusia 24 tahun merupakan antara korban COVID-19 yang dilaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, mangsa yang merupakan kes ke-53,718 tidak merekodkan sebarang latar belakang penyakit kronik.

Pesakit yang merupakan bukan warganegara Malaysia itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, lapor kenyataan berkenaan.

Sementara itu, dua lagi kematian lain melibatkan wanita berusia 64 tahun dan lelaki berusia 51 tahun telah dicatatkan melibatkan warganegara Malaysia di Sabah.

Pesakit wanita dilaporkan mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi serta kanser usus dan telah disahkan meninggal dunia di Hospital Tawau. Pesakit lelaki pula dilaporkan mempunyai penyakit jantung, darah tinggi serta kencing manis dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth.

Takziah diucapkan buat keluarga semua mangsa.

Kredit: KP Kesihatan

Sumber: KP Kesihatan

Amira

Love yourself.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.