Seorang lelaki yang dilapor mengahwini dua wanita mendapat perhatian orang ramai apabila mereka ketiga dilihat bersanding bersama dalam satu acara dipercayai di Madura, Indonesia.
Menurut Merdeka.com, kedua-dua wanita tersebut juga dilihat tersenyum bahagia setelah urusan ijab kabul selesai. Mereka juga nampak mesra meskipun perkahwinan mereka dikatakan cukup unik.
Perkahwinan ini telah menjadi tular dan mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Tambah Merdeka.com, tidak kelihatan wajah cemburu disebalik kedua-dua wanita ini ketika mereka berada dalam pelukan suami di pelamin tersebut.
Apa yang lebih menariknya ialah pasangan pengantin ini duduk bertiga di kerusi pelamin meraikan hari bahagia mereka itu. Kedua-dua wanita jelita itu juga terlihat anggun dengan mengenakan gaun pengantin khas berwarna putih.
Menurut portal Padangkita.com, pernikahan tersebut adalah diantara lelaki bernama Ra karror dengan isteri keduanya Nyai Farroh. Ketika majlis tersebut, isteri pertama lelaki itu juga turut ikut menemani suaminya dan isteri kedua di atas pelamin.
Sumber: Merdeka.com