Siakap Keli
Sumber : Google

Tidur Anda Diganggui Pepijat Tilam? Jangan Panik, Lakukan Perkara Ini Untuk Cegah

Cuba bayangkan anda bangun dari tidur dan melihat ada beberapa tanda yang pelik pada sarung bantal dan tilam anda. Atau melihat tangan dan kaki penuh dengan kemerahan. Ya! Itu pepijat tilam.

Tahukan anda apa itu pepijat tilam?

Pepijat atau dikenali sebagai bed bug merupakan serangga halus yang menghisap darah selama 5 hingga 10 hari dan ia boleh hidup selama setahun tanpa makanan. Pepijat betina boleh menghasilkan telur sebanyak 500 biji sekali.

Sumber : Google

Saiz pepijat dewasa  adalah 1/5 inci Panjang, mempunyai sayap. Bentuknya bujur, leper dan warnanya coklat. Pepijat telah wujud beribu abad tahun dahulu di pelusuk dunia dan boleh menghisap darah 6 kali ganda lebih daripada berat mereka sendiri. Pepijat mempunyai mulut yang menyerupai jarum kecil bagi memudahkan mereka menghisap darah dan boleh dilihat pepijat yang agak besar kelihatan sudah menghisap darah dengan banyak dan menandakan ia kenyang.

Pepijat gemar merayap pada waktu malam dan bersembunyi pada waktu siang. Ia lebih suka mencari tempat yang kotor dan kadang kala boleh membiak di tempat-tempat yang bersih.

Jadi, apabila anda bangun dari tempat tidur dan badan anda terasa gatal dan tidak selesa, lihat dahulu. Adakah tempat tidur anda bersih atau sebaliknya? Oleh itu, cara ini mungkin boleh membuatkan anda menghapuskan pepijat di tempat tidur anda.

(a) Periksa kesemua tempat anda tidur

Anda perlu memeriksa di seluruh tempat yang menjadi kecenderungan pepijat untuk hidup seperti di celah-celah tilam, bantal, selimut dan sebagainya. Tumpuan pepijat mencari makanannya adalah darah kita sendiri apabila kita sedang tidur. Pada waktu siang, mereka akan bersembunyi di celah-celah sofa, kusyen dan tilam bagi mengelakkan diri mereka dijumpai oleh manusia.

Semasa anda membuat pemeriksaan pada waktu siang, pastikan anda menggunakan lampu suluh atau sebarang pencahayaan untuk melihat kelibat pepijat ini kerana badannya yang halus dan agak kecil sukar untuk dilihat pada waktu siang.

Bagaimana mengenal pasti tempat tidur anda mempunyai pepijat?

Ia mempunyai tompokan darah pada tilam, bantal dan juga cadar. Anda boleh menghidu bau yang busuk dan hapak pada tilam dan kawasan tempat tidur anda. Selain itu, terdapat satu tompokan najis dan telur yang berkumpul di kawasan tersebut. Pepijat juga boleh dijumpai dalam kumpulan yang ramai dan mudah dijumpai di celah-celah tilam.

(b) Mulakan Penghapusan

Jika anda mendapati tempat tidur anda berada dalam keadaan yang teruk, segera hapuskan dan hilangkan pepijat tersebut. Anda boleh menggunakan bahan kimia atau kaedah semula jadi.

Anda tidak perlu panik memanggil jiran atau rakan anda kerana kaedah ini sangat mudah untuk dilakukan sendiri di rumah.

  1. Basuh Fabrik

Alternatif paling berkesan adalah basuh cadar, sarung bantal dan selimut menggunakan mesih basuh dengan suhu 60 darjah celcius untuk menghapuskan dengan segera pepijat. Peringatan penting untuk anda, jangan campurkan fabrik lain yang tiada mempunyai kesan pepijat untuk membasuh sekali ke dalam mesin basuh untuk mengelakkan pepihat dari merebak.

Manakala, tilam di billik tidur boleh menggunakan kaedah penjemuran di bawah cahaya matahari. Perabot dan sofa juga boleh dijemur dengan cara yang sama bagi menghapuskan pepijat dan juga kuman yang melekat pada tilam, perabot dan juga sofa.

Sumber : Google
  1. Serai wangi

Umumya mengetahui serai wangi bukan sahaja boleh menghapuskan serangga seperti lalat, semut malah pepijat juga boleh terhapus dengan bau daripada serai wangi. Pepijat boleh beralih tempatnya jika terhidu dengan bau serai wangi. Caranya sangat mudah, anda hanya perlu sembur serai wangi di kawasan yang menjadi tumpuan pepijat berkumpul dan bertelur.

  1. Dettol

Seperti dilihat di iklan-iklan televisyen, dettol sangat berkesan menghapuskan kuman dan bakteria dengan pantas. Caranya juga sangat mudah. Cecair dettol hanya perlu dibancuhkan dengan sedikit air panas kemudian anda boleh membasuh baju menggunakan cecair tersebut atau sembur di mana-mana kawasan pepijat yang membiak.

  1. Soda bikarbonat

Bahan yang mudah didapati tanpa ada unsur kimia iaitu soda bikarbonat juga boleh memberi kesan dalam menghapuskan pepijat. Caranya sangat mudah. Hanya perlu letakkan soda bikarbonat sedikit di dalam mangkuk dan ambil berus kemudian sapukan di kawasan yang menjadi tumpuan pepijat. Anda perlu biarkan selama seminggu untuk memberi kesan yang sebaiknya untuk membunuh pepijat dan telurnya dari membiak dengan lebih banyak.

Sumber : Google

 

Selain itu, anda juga boleh menggunakan racun pembunuh pepijat yang dijual di mana-mana pasaraya untuk membunuh serangga ini. Sebelum anda guna, pastikan anda menerima nasihat daripada pakar professional untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Sumber : Google

(c) Vakum pada tempat yang menjadi tumpuan pepijat membiak

Jika anda mempunyai vakum di rumah, anda boleh menggunakan kaedah ini untuk memastikan tiada sebarang pepijat dan telurnya yang masih melekat di tempat tidur anda.

Pastikan anda menyedut dengan menggunakan sedutan vakum yang paling maksima untuk memudahkan pepijat tidak kembali ke tempat tersebut. Anda juga perlu memastikan setiap barang yang berdekatan di vakum kemudian pastikan bekas beg pembersih hampagas diikat dan terus dibuang untuk mengelakkan daripada pepijat terlepas dari terus membiak.

Setelah anda selesai menggunakan pelbagai kaedah alternatif dalam membunuh pepijat, pastikan anda membuat langkah-langkah pencegahan supaya pepijat tidak akan mengganggui tidur malam anda lagi.

Anda boleh menukar sarung cadar dan bantal dalam setiap minggu atau dua minggu bagi mengekalkan kebersihan dan mengelakkan pepijat dari membiak.

Sumber : Google

Selain itu, anda juga boleh memasang perangkap pepijat di bucu-bucu katil atau di mana-mana kawasan di sekitar bilik tidur anda. Langkah ini boleh mencegah pepijat dari muncul di bilik dan mengelakkan sebarang pembiakan berlaku yang memberi risiko kepada kulit dan badan anda.

Oleh itu, jangan panik dan jangan terus buang barang-barang anda. Pastikan anda melakukan cara ini dan lihat kesannya. Anda boleh tidur dengan tenang tanpa sebarang gangguan dan kegatalan di tempat tidur anda.

Rujukan :

(1) Courtney Schley (2019) What to Do If You Have Bedbugs. Sumber dipetik daripada https://www.nytimes.com/wirecutter/blog/what-to-do-if-you-have-bedbugs/

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.