Siakap Keli

(Video) Kasih Ibu, Muka Berkerut & Genggam Tangan Suami, Bagai Nak Putus Nyawa Tahan Sakit “Contraction”

Tiada apa yang paling bermakna bagi setiap pasangan suami isteri selain mendapat zuriat yang sememangnya diidamkan selama ini.

Pun begitu, apabila tibanya waktu untuk melahirkan, ia pastinya menjadi momen yang paling akan diingati oleh setiap wanita.

Tidak tertahan rasanya sakit yang perlu dilalui oleh mereka sebelum dapat melihat bayi yang dikandung selama ini.

Mungkin ia dianggap biasa bagi sesetengah orang, namun detik itu paling ditakuti oleh sesetengah wanita.

Melalui satu video TikTok yang telah tular, seorang lelaki sempat merakamkan detik contraction tersebut sebelum isterinya melahirkan puteri yang cantik.

Video itu menyaksikan isterinya menggenggam erat tangannya kerana tidak tahan dengan kesakitan contraction yang dialami.

Ia menjadi perhatian kerana kesakitan yang jelas terpapar pada wajah isterinya itu, wanita itu juga dilihat menggigit baju kerana sakit yang tak tertahan.

@0933538555minhduc

Thương vợ quá 😢😢

♬ Late Night Melancholy – Rude Boy

Tidak lama selepas itu, melalui satu video lain, mereka dilihat telah menyambut seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel.

“Sukar untuk menggambarkan perasaan ini,” kata lelaki itu.

@0933538555minhduc

Cảm giác của cánh đàn ông khi lần đâu dc làm bố , nó khó tả lắm các ông ạ, cảm giác của anh em thế nào😁😁 cám ơn tất cả mọi người nhé ❤️❤️❤️

♬ Late Night Melancholy – Rude Boy

@0933538555minhduc

Tks mọi người đã động viên mẹ con Elsa ,2 mẹ con cháu khoẻ lắm nhé, lúc sáng đau nhiều như vậy đến tối mẹ cháu cười tươi lắm ❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

♬ Late Night Melancholy – Rude Boy

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan reaksi kepada video itu dan ada sesetengah dari wanita yang turut sama berkongsi kesakitan contraction yang dihadapi oleh mereka.

Sumber: TikTok 0933538555minhduc

Sofea

There's always another side to every story