Siakap Keli

(Video) Takut Terlanggar, Ini Cara Mudah Nak Tahu Jarak Dengan Kereta Hadapan

Jarak sesebuah kenderaan dengan kenderaan lain merupakan salah satu faktor penyelamat ketika berlaku kemalangan. Secara asasnya, kita telah diingatkan agar mempraktikkan ‘peraturan 3 saat’, iaitu jarak selamat kenderaan kita dengan kenderaan hadapan.

Begitu juga apabila memasuki kawasan parkir, adalah sangat penting untuk memastikan jarak antara kenderaan berada dalam keadaan yang baik. Perkara ini sangat penting supaya kenderaan anda atau dihadapan anda mudah untuk keluar daripada kawasan tersebut kerana terdapat ruang yang sesuai.

Oleh itu, anda boleh mempraktikkan jarak selamat dengan menganggarkan ukuran antara kereta anda dan kenderaan hadapan melalui cara dikongsikan oleh Auto Parts Laboratory di bawah.

@auto.parts.laboratory

How to judge the distance to the front car? #DiceRoll #carsoftiktok #tutorial #yougotit #4u

♬ IMAGINATION – Lize Mynhardt

Walau bagaimanapun, kaedah ini mungkin tidak praktikal bagi semua kenderaan kerana setiap jenis kenderaan adalah berbeza mengikut saiz dan ketinggian.

Sumber: Auto Parts Laboratory

Amira

Love yourself.