Siakap Keli
Kredit: Robbreport

NASA Dilapor Temui Asteroid Bernilai USD 10 Quadrilion, 70,000 Kali Ganda Lebih Besar Dari Ekonomi Dunia

Sebuah batuan asteroid unik yang berlegar di ruang angkasa telah ditemui NASA dalam satu penemuan baru-baru ini.

Asteroid yang bersaiz seluas bandar Massachusetts, Amerika Syarikat; kira-kira 27,000 kilometer persegi itu didapati mengorbit diantara planet Musytari dan Marikh.

Dinamakan sebagai 16 Psyche, sebenarnya ia sudah pun ditemui penyelidik sejak 1852, akan tetapi NASA’s Hubble Telescope baru-baru ini menemuinya semula dengan jarak yang lebih dekat dari Bumi.

16 Psyche yang juga berdiameter kira-kira 140 batu ini tercipta daripada campuran kandungan besi dan nikel. Ianya berbeza dengan kebanyakan asteroid lain yang biasanya tercipta daripada kandungan batu atau ais.

Dengan jarak kira-kira sejauh 230 juta batu dari Bumi, keunikan asteroid yang ‘rare’ ini turut disahkan oleh saintis angkasa, Dr. Tracy Becker.

“Kami selalu menemui batuan meteorit yang biasanya daripada jenis logam, tapi Psyche agak unik kerana asteroid ini terhasil daripada besi dan nikel sepenuhnya,” katanya, memetik laporan Robbreport.

Kredit: Robbreport

Harganya begitu mahal

Menurut Dr. Becker lagi, Psyche ini berkemungkinan merupakan sisa planet yang tinggal (terpecah) akibat dihentam oleh sesuatu objek di sistem suria, mengakibatkan planet tersebut ‘kehilangan’ lapisan kerak dan mantelnya lalu pecah menjadi asteroid Psyche.

Selain itu, laporan Robbreport juga mendakwa, nilai harga yang diletakkan pada asteroid unik ini begitu tinggi.

Psyche ini nilainya beranggaran sekitar USD10 quadrilion (beranggaran RM407,074,390,310,000,060), iaitu 70,000 kali ganda lebih bernilai berbanding nilai ekonomi global.

Dikatakan sekiranya ia dibawa ke Bumi lalu dibahagikan bahagian serpihannya kepada kira-kira 2.7 bilion manusia di seluruh dunia, mungkin harganya boleh mencapai kira-kira USD1.3 bilion (beranggaran RM5.2 bilion) setiap seorang.

Difahamkan, NASA dijangka akan membangunkan kapal angkasa Psyche pada 2022 nanti untuk penyelidikan akan datang.

Sumber: Robbreport

Gais, jom subscribe Channel Youtube Siakap Keli

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'