Siakap Keli

Bisnes ‘Online’ Buat Duit Kaw-Kaw ‘Time’ PKP, Ketahui Tekniknya Di Karnival Ini

Seperti semua tahu, kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana bilangan kes COVID-19 di negara ini masih berada pada tahap yang membimbangkan dengan pelbagai kluster baharu yang dilaporkan setiap hari.

Keadaan ini pastinya juga turut memberi impak yang besar kepada ramai usahawan dengan penurunan hasil jualan serta kekurangan pembeli.

Pun begitu, kewujudan platform dalam talian sedikit sebanyak boleh membantu meningkatkan hasil jualan dengan capaian yang bukan sahaja terhad di lokaliti peniaga namun hingga ke seluruh negara.

Melihat kepada situasi ini, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) tidak melepaskan peluang untuk julung kalinya menganjurkan Karnival Usahawan Desa secara dalam talian Tahun 2020 atau eKUD@KPLB 2020.

Apa yang menarik di eKUD@KPLB 2020 ni?

Untuk pengetahuan anda, salah satu tarikan utama bagi karnival ini adalah Jualan Mega eKUD@KPLB 2020 yang akan bermula dengan sesi Padanan Perniagaan pada 4 Disember 2020 hingga 6 Disember 2020 melalui kerjasama strategik KPLB dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Program ini dijangka akan menemukan usahawan luar bandar dengan trade buyers dari dalam dan luar negara melalui platform digital eKUD@KPLB 2020.

Antara tarikan utama yang lain adalah Kemeriahan Digital, Pempamer Digital dan Seminar Digital.

Banyak manfaat bakal menanti anda!

Jelas sekali, eKUD@KPLB 2020 pasti akan memberikan manfaat kepada semua pihak termasuk bagi usahawan serta peserta pameran.

Manakan tidak, para usahawan akan berpeluang mengikuti program-program keusahawanan yang akan berlangsung dalam talian sepanjang tempoh tiga hari tersebut seperti webinar dan talk show keusahawanan dari para panel serta usahawan yang berpengalaman.

Bukan itu sahaja, karnival pada kali ini juga pastinya akan membolehkan anda mempromosi dan memasarkan produk dengan lebih meluas serta menyebarkan kesedaran mengenai keusahawanan kepada orang ramai.

Bagi yang pertama kali menyertai, jadikanlah ini sebagai titik permulaan untuk anda terus mengorak langkah melakukan perniagaan dalam talian.

Tidak kurang juga bagi pengunjung, anda berpeluang untuk menonton dan mengikuti pelbagai aktiviti menarik sama ada siaran secara langsung atau rakaman rancangan seperti Demonstrasi Memasak, Urban Farming, Laman Ternakan dan juga Jualan Langsung bersama Selebriti Jemputan.

Anda juga boleh membeli-belah sambil memperoleh pengetahuan mengenai keusahawanan melalui webinar serta dapat merasai pengalaman baharu dengan kemunculan pameran secara maya.

Lebih menarik, jika anda membuat pembelian dalam talian dan memenuhi syarat semasa tempoh Jualan Mega eKUD@KPLB 2020, anda akan berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur.

Wah! Dengan klik sahaja, anda boleh dapat banyak manfaat dan merasai pengalaman baharu.

Jadi, jangan lepaskan peluang dan daftarlah sekarang sebagai pengunjung untuk dapatkan manfaat yang pelbagai, menarik lagi mengujakan. Apa tunggu lagi? Jom ramai-ramai sertai eKUD@KPLB 2020!

Sofea

There's always another side to every story